Thursday, 15 June 2017

Salakan Raja Rajeswari


Selepas saya mendedahkan data palsu dan fakta rekaan yang dimuatkan dengan penuh licik oleh Raja Rajeswari Seetha Raman dalam sebuah esei di Dewan Sastera (April 2017), wanita tidak beretika dan tiada integriti itu nampaknya telah mengirim mesej kepada beberapa penulis kaum India untuk meraih simpati.

“Editor Dewan Sastera, Fadli Al-Akiti pun kata ‘kalau nampak ular dengan Uthaya, bunuh Uthaya dulu’. Jadi, jangan percaya Uthaya. Sebaliknya sokonglah saya. Uthaya tu manusia berbahaya yang penuh sifat dengki!”

Demikianlah lebih kurang kandungan mesej yang dikirim oleh Raja Rajeswari. Sayangnya, tidak seorang pun tampil menyokong Tokoh Lidah Bercabang dan Talam Dua Muka itu!


Bagaimanapun, akibat manipulasi, tindakan dan permainan kotor wanita ini, khabarnya Fadli Al-Akiti hilang jawatan editor Dewan Sastera.

Si Raja Rajeswari umpama debu di bawah tapak kaki! Terpulanglah kepada sesiapa yang mahu memuji, memuja dan menyanjungnya.

Apa-apa pun, perangai pelik wanita ini (yang mungkin ada masalah halusinasi) membuatkan saya tertawa kerana dia seolah-olah meniru dan melakukan apa-apa yang sudah saya tulis dalam cerpen “Kita Sudah Gagal, Raja” (Mingguan Malaysia, 22 Februari 2004) dan “Fail Merah: Konspirasi Membunuh Sasterawan Pulau Cinta” (Dewan Masyarakat, September 2002). 


Baca juga - Raja Dalam Faksyen -- Raja Rajeswari Penipu Tegar? -- Komplot Jahat Raja Rajeswari.

[Anda membaca catatan ini atas pilihan sendiri. Tidak ada sesiapa yang memaksa anda melihat atau membaca apa-apa yang dipaparkan di mana-mana blog kendalian Uthaya Sankar SB.]