5 Jun 2017

Reaksi Khalayak – Bahagian 3

[Baca – BAHAGIAN DUA] Menerusi esei bertajuk “Kolonialisme dan Etnosentrisme: Suatu Retrospeksi Penulis India Malaysia” (Dewan Sastera, April 2017), Raja Rajeswari Seetha Raman mengemukakan beberapa “data” dan “fakta” berkaitan penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris.

Katanya: “British tidak menyenangi suasana ini (perpaduan antara kaum Melayu, India dan Cina sewaktu era kolonialisme), justeru itu secara sistematik dan strategik … memisahkan kaum India daripada kaum Melayu dan keturunan Tionghoa (Cina)” dan “pihak Inggeris yang bertanggungjawab bagi penyusunan dikotomi dan polarisasi sastera di Malaysia.”

Chew Fong Peng
Chew Fong Peng, penulis buku Cerpen dan Perpaduan Nasional (2013), semasa Seminar Penulis Pelbagai Kaum di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 20 Mei 2017 memetik kajian Tan Sri Khoo Kay Kim untuk menjelaskan bahawa kaum Melayu, Cina dan India sebenarnya tidak terpisah semasa penjajahan British. Raja Rajeswari yang turut hadir seminar itu ternyata terkejut mendengar fakta berkenaan yang disampaikan rakan karibnya.

Menurut Raja Rajeswari, dia menganalisis data yang dikumpul menerusi borang soal selidik yang diisi oleh 60 responden kaum India; iaitu 20 penulis karya Bahasa Malaysia, 20 penulis karya Inggeris, dan 20 penulis karya Tamil. Mereka kononnya dipilih “berdasarkan keprolifikan mereka dalam sastera Melayu, sastera Inggeris dan sastera Tamil.”

Fakta “palsu” yang dikemukakan adalah kononnya kesemua 20 penulis karya Bahasa Malaysia “berkhidmat sebagai penjawat awam di sektor awam”. Anehnya, apabila saya menghubungi 30 penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia, hanya 3 orang mengesahkan telah mengisi borang soal selidik – tetapi mereka pekerja sektor swasta. Baki 27 penulis mengesahkan tidak pernah menerima – apatah lagi mengisi – borang soal selidik itu.


Maka, ternyata Raja Rajeswari menipu menggunakan data palsu dan fakta rekaan. Rujuk – “Bukti Raja Rajeswari Menipu Mengenai Penulis Kaum India” (Eksentrika, 17 April 2017).

Berkenaan penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Inggeris pula, contoh fakta palsu yang dikemukakan oleh Raja Rajeswari: “Semasa-mata untuk mendapat penerimaan dan pengiktirafan pada peringkat antarabangsa, pengarang kaum India tempatan seperti Rani Manicka dan K. S. Maniam telah berhijrah ke luar negara. Rani Manicka memilih untuk tinggal di United Kingdom, manakala Amerika Syarikat menjadi pilihan K. S. Maniam.”


Fakta sebenar: “Rani Manicka’s Story” dan “K.S. Maniam Slams Dewan Sastera’s Erroneous Essay” (Eksentrika, 6 April 2017).

Contoh-contoh di atas sudah memadai untuk membuktikan secara nyata bahawa wanita ini menulis esei menggunakan data palsu dan fakta rekaan dengan motif dan niat mencemarkan imej penulis kaum India di mata masyarakat. Rujuk: Laporan Polis Terhadap Raja Rajeswari.

Apabila pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 12 April 2017 meminta Raja Rajeswari menyerahkan senarai nama 20 responden (penulis karya Bahasa Malaysia) sebagai bukti data dikumpulkan menerusi pengedaran borang soal selidik, Raja Rajeswari memberikan alasan “tidak dapat memberikan senarai nama responden kerana terikat dengan aku janji yang telah ditandatangani dengan responden untuk tidak mendedahkan nama mereka kepada khalayak.”

Tentulah si penipu itu tidak akan menyerahkan senarai nama responden kerana 20 responden itu tidak wujud! Apatah lagi 30 penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia sudah memberikan pengesahan bertulis kepada saya bahawa mereka tidak terlibat dalam kaji selidik itu.

Malah, tiga responden yang ada mengisi borang soal selidik mengesahkan bahawa mereka tidak pernah dimaklumkan data/maklumat yang dikumpul akan digunakan untuk menulis sebuah esei bagi Dewan Sastera. Sebaliknya, hanya diberitahu, “Maklumat yang diperoleh daripada responden amat penting untuk merangka beberapa dasar berhubung dengan isu bahasa.”

Wanita tidak beretika, tiada integriti dan tidak berwibawa itu tetap cuba menegakkan benang yang basah dengan mengulangi penipuannya kepada wartawan akhbar Mingguan Malaysia (23 April 2017) menerusi kenyataan berikut:

“British tidak menyenangi keadaan itu (perpaduan kaum Melayu, India dan Cina), justeru secara sistematik dan strategik diperkenalkan dasar multibahasa untuk memisahkan kaum India daripada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu (zaman penjajahan).”


Kenyataan Raja Rajeswari mengenai golongan penulis kaum India yang menjadi responden juga berubah selepas penipuannya didedahkan dan topengnya dirobek. Katanya lagi di Mingguan Malaysia (23 April 2017):

“Antara objektif kajian itu (di Dewan Sastera, April 2017) adalah bagi merapatkan jurang antara penulis India yang menulis dalam tiga bahasa selain meningkatkan bilangan penulis kaum India yang menulis dalam bahasa Melayu. Seramai 60 orang responden yang merupakan golongan penulis, penyelidik, pengkritik dan penterjemah telah digunakan bagi mengenal pasti masalah tersebut.”

Raja Rajeswari juga dipetik oleh wartawan dalam laporan sama sebagai mengakui bahawa ada pihak termasuk penulis kaum India yang mempertikaikan kajiannya itu kerana ia bukan daripada sumber yang sahih.

“Saya tidak boleh dedahkan nama-nama responden itu kerana ia melanggar etika,” katanya sambil menambah kononnya pihak yang mempertikaikan kajiannya itu kurang senang dengan inisiatifnya “dalam usaha memartabatkan lagi bahasa Melayu di negara ini.”

Konspirasi Raja Rajeswari untuk menggagalkan acara Kavyan (2003)

Nampak sangat tahap kebodohan dan kebangangan wanita ini yang sebelum ini sudah pun membuktikan dirinya sebagai “Talam Dua Muka” (2003) dan “Tokoh Lidah Bercabang” (2011).

Sebenarnya, saya bukan “mempertikaikan” kajiannya tetapi saya sudah “membuktikan” bahawa Raja Rajeswari menipu editor Dewan Sastera dan DBP dengan menulis esei menggunakan data palsu dan fakta rekaan!

Namun begitu, apa pula reaksi dan tanggapan khalayak umum terhadap esei yang ditulis oleh Raja Rajeswari dan disiarkan tanpa prejudis oleh DBP dalam majalah Dewan Sastera keluaran April 2017?

Saya mendapat kerjasama 120 individu (60 penulis dan 60 pembaca) yang mengisi borang soal selidik secara sukarela. Data yang terkumpul dianalisis secara akademik dan sistematik dengan memanfaatkan Teori Penerimaan (Reception Theory) yang dipelopori Stuard Hall, serta pendekatan aberrant decoding yang diperkenalkan oleh Umberto Eco.

Untuk berlaku adil, serta bagi memastikan kajian dilakukan secara betul dan beretika melibatkan responden yang sesuai sahaja, saya perlu memastikan para responden sudah membaca esei yang menjadi topik perbincangan. [BERSAMBUNG – BAHAGIAN EMPAT]