7 Jun 2017

Reaksi Khalayak – Bahagian 4

[Baca – BAHAGIAN TIGA] Saya memastikan hanya orang yang sudah membaca esei “Kolonialisme dan Etnosentrisme: Suatu Retrospeksi Penulis India Malaysia” (Dewan Sastera, April 2017) terlibat dalam proses pengumpulan data menerusi borang soal selidik.

8. Sudahkah anda membaca esei tulisan Raja Rajeswari di majalah Dewan Sastera, April 2017?

Kelompok Penulis (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Sudah
15
15
15
15
Belum
0
0
0
0

Kelompok Pembaca (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Sudah
15
15
15
15
Belum
0
0
0
0

Memandangkan kesemua 120 responden pelbagai kaum ini sudah membaca esei berkenaan, maka bolehlah reaksi mereka diambil kira sebagai data yang sesuai untuk dianalisis secara akademik dan sistematik dengan memanfaatkan Teori Penerimaan (Reception Theory) dan pendekatan aberrant decoding.

9. Apakah perasaan anda apabila membaca tajuk esei berkenaan?

Kelompok Penulis (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Gembira
5
11
6
7
Bangga
6
3
5
3
Teruja
4
1
4
5
Sedih
0
0
0
0
Marah
0
0
0
0
Kecewa
0
0
0
0
Bingung
0
0
0
0
Neutral
0
0
0
0

Kelompok Pembaca (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Gembira
6
3
5
6
Bangga
4
6
5
3
Teruja
5
6
5
6
Sedih
0
0
0
0
Marah
0
0
0
0
Kecewa
0
0
0
0
Bingung
0
0
0
0
Neutral
0
0
0
0

Amat jelas bahawa kesemua responden memiliki reaksi yang sangat positif (“Gembira”, “Bangga”, “Teruja”) apabila membaca tajuk esei, iaitu “Kolonialisme dan Etnosentrisme: Suatu Retrospeksi Penulis India Malaysia”. Hal ini menunjukkan bahawa khalayak pelbagai kaum (penulis dan pembaca) mahu membaca esei-esei yang memperkatakan mengenai penulis kaum India.


Bagaimanapun, apakah reaksi positif itu kekal setelah para responden habis membaca esei berkenaan?

10. Apakah perasaan anda apabila selesai membaca keseluruhan esei?

Kelompok Penulis (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Gembira
0
0
0
0
Bangga
0
0
0
0
Teruja
0
0
0
0
Sedih
3
5
4
3
Marah
4
6
4
5
Kecewa
6
4
4
2
Bingung
2
0
3
5
Neutral
0
0
0
0

Kelompok Pembaca (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Gembira
0
0
0
0
Bangga
0
0
0
0
Teruja
0
0
0
0
Sedih
6
6
3
5
Marah
5
3
5
5
Kecewa
0
6
3
2
Bingung
4
0
4
3
Neutral
0
0
0
0

Amat memeranjatkan kerana kesemua (120) responden yang meluahkan perasaan “Gembira”, “Bangga” dan “Teruja” membaca tajuk esei berkenaan, tidak lagi berkongsi perasaan positif itu apabila selesai membaca esei tulisan Raja Rajeswari!

Tidak ada seorang pun responden memilih “Neutral” iaitu tidak merasai apa-apa perubahan emosi selepas membaca esei itu.

Raja Rajeswari Seetha Raman
Reaksi bernada negatif yang diluahkan oleh 120 responden adalah “Sedih” (15 penulis, 20 pembaca), “Marah” (19 penulis, 18 pembaca), “Kecewa” (16 penulis, 11 pembaca), dan “Bingung” (10 penulis, 11 pembaca).

Amat jelas bahawa kesemua responden mengalami perubahan perasaan/emosi daripada yang positif kepada yang negatif selepas selesai membaca esei tulisan Raja Rajeswari.

Seterusnya, saya berusaha mendapatkan maklumat para responden mengenai Raja Rajeswari sendiri sebagai seorang penulis. Harus dinyatakan bahawa saya membimbing serta membuka laluan kepadanya untuk muncul sebagai penulis selepas dia menghubungi saya pada tahun 1998. [Rujuk – Tiga esei awal Raja Rajeswari]

11. Apakah tanggapan anda terhadap Raja Rajeswari sebelum membaca esei berkenaan?

Kelompok Penulis (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Berwibawa
4
3
3
4
Berbakat
5
4
3
3
Berilmu
1
0
4
3
Beretika
2
4
3
2
Berkaliber
3
4
2
3

Kelompok Pembaca (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Berwibawa
5
4
4
4
Berbakat
5
5
4
3
Berilmu
5
2
3
1
Beretika
0
0
3
3
Berkaliber
0
4
1
4

Sebagai individu yang telah membantu “melahirkan” Raja Rajeswari sebagai seorang penulis, saya berasa bangga meneliti jawapan-jawapan yang dipilih oleh para responden.

Walaupun pilihan yang diberikan semuanya bernada positif (“Berwibawa”, “Berbakat”, “Berilmu”, “Beretika” dan “Berkaliber”), semua responden tetap membuat pilihan.

Hal ini tidak berlaku bagi soalan seterusnya (Soalan 12) dalam borang soal selidik.

12. Apakah tanggapan anda terhadap Raja Rajeswari selepas membaca esei berkenaan?

Kelompok Penulis (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Berwibawa
1
0
0
0
Berbakat
0
1
0
0
Berilmu
2
0
1
2
Beretika
0
0
0
0
Berkaliber
0
0
1
0

Kelompok Pembaca (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Berwibawa
0
0
0
0
Berbakat
2
1
1
2
Berilmu
2
1
1
1
Beretika
0
0
0
0
Berkaliber
0
0
0
0

Amat jelas reaksi yang berbeza diberikan apabila responden diminta mengemukakan tanggapan mereka terhadap Raja Rajeswari selepas membaca esei yang menjadi topik perbincangan.

Hanya 8 daripada 60 penulis, serta 11 daripada 60 pembaca memberikan jawapan bagi soalan ini. Baki 101 responden (52 penulis dan 49 pembaca) tidak memberikan sebarang jawapan!

Apabila saya menghubungi mereka semula, reaksi yang diberikan adalah bahawa pilihan jawapan yang disediakan (“Berwibawa”, “Berbakat”, “Berilmu”, “Beretika” dan “Berkaliber”) tidak mewakili jawapan yang menjadi pilihan mereka.


Dari segi ini, saya akui bahawa ada kelemahan pada borang soal selidik yang diedarkan kerana semua pilihan jawapan yang diberikan bagi Soalan 11 dan Soalan 12 bernada positif. Tidak ada pilihan “negatif” disediakan.

Anehnya, para responden – kesemua 120 orang – tidak menghadapi masalah memilih jawapan (reaksi) bagi Soalan 11, tetapi 101 orang memilih untuk tidak menjawab Soalan 12 dengan alasan tiada jawapan yang mewakili reaksi mereka.

Maknanya, jawapan “Berwibawa”, “Beretika” dan “Berkaliber” tidak mewakili reaksi 101 daripada 120 responden. Begitu juga, “Berbakat” dan “Berilmu” hanya mewakili reaksi 17 responden selepas mereka membaca esei tulisan Raja Rajeswari di majalah Dewan Sastera (April 2017).

Penelitian terhadap soalan-soalan seterusnya dalam borang soal selidik mungkin boleh membantu kita untuk memahami mengapa perubahan sikap/reaksi itu berlaku dalam kalangan responden. [BERSAMBUNG – BAHAGIAN LIMA]