Tuesday, 27 June 2017

Buku Budaya Kaum India

Dua buah buku Bahasa Malaysia yang dipromosikan di sini boleh membantu anda sekeluarga menjadi insan lebih berpengetahuan.

Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 23 April 2017 turut bertujuan menggalakkan komuniti India – khususnya B40 – memahami budaya sendiri serta berbangga dengan identiti dan jati diri.

Pada masa sama, pelan berkenaan mahu supaya budaya pelbagai keturunan dalam komuniti India difahami oleh masyarakat pelbagai kaum, etnik dan agama di Malaysia.


Data yang dipaparkan dalam dokumen itu jelas menunjukkan bahawa majoriti kaum India B40 memahami Bahasa Malaysia dan Tamil secara lisan, serta mempunyai kemampuan membaca dan menulis Bahasa Malaysia lebih tinggi berbanding Bahasa Tamil.


Sejumlah 11 daripada 25 esei dalam buku Malaiur Manikam (2015) menyentuh secara khusus mengenai aspek budaya India dan agama Hindu. Kesemua 22 esei dalam buku Mandala Bicara (2016) membicarakan hal-hal berkaitan agama Hindu dan budaya India.


Kedua-dua buku ini memainkan peranan serampang dua mata; iaitu membantu kaum India memahami asas budaya dan jati diri, serta membantu kaum Bukan India memahami budaya dan pemikiran kaum India. Secara langsung, menyumbang kepada usaha melahirkan Bangsa Malaysia, serta seiring hasrat Transformasi Nasional 2050 (TN50).


Tanpa menafikan atau menolak peranan buku-buku berkaitan budaya India dalam Bahasa Tamil dan Inggeris, saya berbangga kerana mampu menghasilkan esei (makalah, rencana) berkaitan budaya kaum India dalam Bahasa Malaysia untuk bacaan Bangsa Malaysia.

Kedua-dua buku berkenaan ditawarkan pada harga pakej.

1 naskhah Mandala Bicara
+ 1 naskhah Malaiur Manikam
+ PosLaju dan penyelenggaraan
= RM30.00 seluruh Malaysia

Tarikh akhir: 31 Julai 2017.

Hubungi uthayasb@yahoo.com.my untuk urusan pembelian.