25 Jun 2017

Komplot Jahat Raja Rajeswari

Ada orang yang bertanya mengapa saya begitu marah pada Raja Rajeswari Seetha Raman, sedangkan saya sendiri yang pernah membantunya sehingga berjaya menjadi penulis apabila dia datang bertemu saya pada tahun 1998 – baca di sini.

Sebenarnya, saya bersabar selama ini. Malah, selepas dia berkomplot dengan pihak luar untuk menghancurkan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada tahun 2003, saya masih bersabar. Malah, apabila dia menghubungi saya semula selepas itu untuk membantunya menyiapkan tesis sarjana, saya masih sedia membantu – lihat di sini.


Selepas itu, wanita ini cuba sekali lagi untuk memusnahkan Kavyan semasa timbul kontroversi novel teks Komsas Interlokbaca di sini. Pihak Kavyan masih memilih untuk bersabar kerana wanita tidak bermaruah itu ternyata sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi terkenal.

Kemudian, menerusi sebuah esei di Dewan Sastera (April 2017), wanita yang tiada integriti dan tidak beretika itu terbukti menggunakan data palsu dan fakta rekaan dalam usaha berterusan menjatuhkan maruah para penulis kaum India di Malaysia – baca di sini.


Sekiranya Tokoh Lidah Bercabang dan Talam Dua Muka ini dibiarkan, maka dia akan meneruskan usaha menghapuskan golongan Sasterawan Kavyan semata-mata kerana mimpi lamanya untuk muncul sebagai “penulis bangsa India paling hebat”.

Komplot jahat yang diatur oleh Raja Rajeswari untuk menghancurkan Kavyan sudah sampai kepada pengetahuan saya pada tahun 2003. Saya mengandaikan bahawa timbul salah faham antara Raja Rajeswari dan sekutunya, lalu sekutu yang hanya dikenali dengan nama samaran “Saif” tampil membocorkan komunikasi e-mel antara mereka berdua.


Berikut petikan sebahagian e-mel berkenaan yang sempat saya cetak:

Tarikh: 2 Julai 2003
Daripada: Saif
Kepada: Rajesh
Subjek: Perihal Kavyan

Boleh saudari ceritakan sedikit mengenai Kavyan itu? Malah seperti mana yang telah pun saudari perjelaskan, penulis-penulis bangsa India seperti Uthaya dan lain-lainnya tidak berminat menyertai acara baca puisi Islam. Harap memberi pandangan dan komen. Atau saudari terlalu sibukkah?


Tarikh: 2 Julai 2003
Daripada: Rajesh
Kepada: Saif
Subjek: Perihal Kavyan

Terima kasih kerana membalas e-mel saya. Buat masa ini, saya kurang aktif dalam Kavyan.

Dan saya perlukan bantuan sdr. Saya ada banyak sajak bertema Islam tapi tak tahu ke mana perlu dikirim. Adakah pertubuhan yang sdr anggotai memiliki majalah atau buletin khas? Bolehkah saya kirim sajak saya ke sana?

Sdr boleh hubungi saya di talian 013-3570910.


Tarikh: 4 Julai 2003
Daripada: Rajesh
Kepada: Saif
Subjek: Rumah Pena dll

Sebenarnya saya berharap agar dapat bertemu dgn sdr di Rumah Pena hari ini. Tak apalah kita boleh berjumpa pada bila-bila masa. Saya berharap agar persahabatan yang sedia terjalin antara kita akan berkekalan untuk selama-lamanya. Saya yakin sdr tidak akan menghampakan saya.


Tarikh: 7 Julai 2003
Daripada: Saif
Kepada: Rajesh
Subjek: Rahsia diri penulis bangsa India yang bahaya!!!

Dia tu bukan rakan rapat saudari?? Hairan. Kenapa pula dia selalu sangat rajin promosi saudari kepada para editor surat khabar dan majalah? Seperti mana saya kata dalam email sebelum ini, dia tu ada banyak pengaruh dan sangat bahaya kepada team kami. Dia tak de lah pandai mengampu seperti saudari tetapi dia masih ada kuasa pengaruh (influence) yang sangatlah kuat.

[Maklumat mengenai usaha yang dilakukan oleh Uthaya Sankar SB untuk mengangkat penulis kaum India.]

Kita boleh saling tolong-menolong. Team saya tolong saudari dan saudari tolong team saya. Simpan semua rahsia ini sebagai rahsia peribadi.


Tarikh: 8 Julai 2003
Daripada: Rajesh
Kepada: Saif
Subjek: Rahsia diri penulis bangsa India yang bahaya!!!

Wow, hebatnya maklumat yang dikumpulkan oleh team sdr. Dan janganlah katakan yang saya ini suka mengampu. Tak patut.

Penulis dari Pahang itu [M. Mahendran] rapat dgn dia. Dia sering mengirim e-mel & menelefonnya. Apa yang menyebabkan sdr sangka yang saya rapat dgn dia?

Saya ada banyak ilmu & pengalaman. Dan dia [Uthaya] sendiri tahu bahawa saya tak sokongnya dalam perjuangan Bahasa Malaysia.

Saya akan membantu sdr.


Tarikh: 8 Julai 2003
Daripada: Rajesh
Kepada: Saif
Subjek: Maklumat Penulis

Ya, kali ini kita wajib berjumpa.

Bacalah komennya dalam surat berita Kavya keluaran Jun [baca di sini] & sdr ada baca tak kenyataannya bahawa masih ada lagi penulis kaum India yang masih terus menerima apa-apa label yang dilekatkan pada dahi mereka [baca di sini] yang tersiar dlm majalah Siasah? Itu sebenarnya ditujukan pada saya sebab saya yang tidak setuju dgn istilah penulis kaum India. Sebaliknya saya lebih selesa dgn istilah penulis bukan Melayu.


Baca puisi di Galeri Shah Alam akan berlangsung pada 19 Julai 2003. Saya akan hadir & dia [Uthaya] biasanya akan hadir tapi sdr jangan tak datang sebab dia ada. Saya tidak pernah maklumkan mengenai diri sdr kpdnya & saya juga tidak akan introduce sdr kpdnya. Jadi, sila hadir.

Dia sebenarnya rapat dgn penulis bernama Retna Devi Balan dan Vijaya tapi bukan dgn saya.

Kita jumpa di Shah Alam pada 19.7.03. Sila hadir.


Tarikh: 9 Julai 2003
Daripada: Rajesh
Kepada: Saif
Subjek: Kritikan di dalam Kavya

Cubalah baca e-mel yang dikirim olehnya kpd saya pada hari Jumaat & hari Isnin.

Sdr boleh mempercayai saya. Saya harap kita akan berjumpa pada 19.7.03 di Galeri Shah Alam.


Tarikh: 9 Julai 2003
Daripada: Saif
Kepada: Rajesh
Subjek: Meletakkan Jawatan

Lepas saudari letak jawatan [AJK Kavyan], kami pun tak perlu takut untuk membantu saudari jadi terkenal. Team kami pun memang mahu cari penulis bangsa India yang suka mengampu dan boleh bekerjasama dengan baik. Saudarilah saja yang ada sifat sifat itu. Bolehkah saya bagi tau team saya bahawa sudah ada bakal gantian selepas penulis bangsa India itu dijatuh beberapa bulan lagi???? …… Shhhh! Jangan bagi tau sesiapa pun.


Tarikh: 10 Julai 2003
Daripada: Rajesh
Kepada: Saif
Subjek: Meletakkan Jawatan

Saya tidak akan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kavyan. Dan saya akan tunggu dulu untuk melihat reaksinya untuk seketika. Kalau sdr dapat apa-apa maklumat mengenai saya yang dikirim olehnya kpd org lain sila beritahu saya.


Tarikh: 11 Julai 2003
Daripada: Rajesh
Kepada: Saif
Subjek: Meletakkan Jawatan

Terima kasih kerana memberi maklumat kpd saya. Saya tetap tidak akan menghadiri mesyuarat tapi saya akan tunggu sama ada dia bincang mengenai konspirasi saya atau tidak dalam mesyuarat esok. Jika dia berbincang mengenai saya maka itu akan disiarkan dalam laman webnya. Maka selepas itu saya boleh maklumkan kpd semua AJK Kavyan bahawa saya tidak boleh bekerjasama dgn orang yang memburukkan imej saya dan sebab itu saya mahu  letak jawatan. Dan org lain pun akan bersetuju dgn saya. Saya mungkin dipilih jadi presiden.


Tarikh: 12 Julai 2003
Daripada: Saif
Kepada: Rajesh
Subjek: Apa dia kata pada editors

Saudari kata macam-macam berkenaan penulis bangsa India itu. Memang banyak orang marah kepada dia. Saya pun sudah mula hairan apa sebabnya saudari tak suka kan dia. Dia memanglah bahaya tapi dia tak ada pun buat apa-apa pada saudari. Dia promote saudari pada editors majalah. Mestilah ada sebab kenapa saudari benci dia dan mahu malukan dia.


Tarikh: 14 Julai 2003
Daripada: Saif
Kepada: Rajesh
Subjek: Beberapa pilihan

Saudari sudah dibuang dari Kavyan? Apa saudari mahu buat sekarang? Ada beberapa pilihan. Satu ialah saudari tolong kami dalam usaha kami. Dua, saudari masuk semula dalam Kavyan.

Saudari baguslah buang semua email di dalam komputer saudari. Sebabnya kalau saudari simpan, mungkinlah orang lain akan terbaca dan tahu apa maklumat saudari berikan kepada team kami selama ini tentang penulis bangsa India itu dan Kavyan.

Kalau saudari tak diterima masuk semula di dalam Kavyan pun tak apa. Kami akan tolong. Tapi jangan beritahu sesiapalah yang kami tolong naikkan nama saudari. Biarlah nampaknya seperti saudari sendiri berusaha hingga jadi sangat terkenal dan hebat.


Tarikh: 23 Julai 2003
Daripada: Saif
Kepada: Rajesh
Subjek: Bijak!

Saudari memang bijak memutar belitkan cerita selepas baca email yang penulis bangsa India itu forwardkan pada saudari. Bijak, bijak! Sebab itulah kami pilih saudari untuk dapatkan maklumat-maklumat mengenai penulis bangsa India itu untuk tolong jatuhkan dia dan angkat saudari sebagai penulis terbaik bangsa India.

Tapi saudari pula mula kecewakan kita dengan cara dedahkan email-email kami kepada dia. Maknanya saudari dan dia kawan karibkah? Ataupun saudari pura pura sahaja sebab perlukan dia untuk maju dalam sastera??

Saudari juga macam cuba merayu dan ambil semula jawatan AJK dalam Kavyan. Kenapa? Dulu saudari kata penulis bangsa India tu pandai tanam tebu di bibir tapi nampaknya lah saudarilah macam tu. Saudari kutuk dia pada kami tapi depan dia saudari pura pura pula.

Pandai betul lah saudari pura-pura. Pandai ampu. Orang macam ini lah yang kami mahu angkat lepas jatuhkan penulis bangsa India itu.


Tarikh: 27 Julai 2003
Daripada: Saif
Kepada: Rajesh
Subjek: Tolong lah baca!

Kalau saudari boleh main kotor maka kami pun boleh main kotor juga. Email yang saudari kirim pada dia [Uthaya] itu bahaya kerana bukti bahawa memang saudari ada contact dengan kami.

Sejak dulu saya telah banyak beri maklumat tentang dia pada saudari dan saudari juga minta saya bagi maklumat. Saya bagi sebab saya percaya saudari.

Saudari telah sahkan pada dia bahawa saudari kenali kami. Saudari sendiri telah sahkan pada dia bahawa email yang saya forward pada dia adalah email yang saudari sebenarnya kirim pada saya.


Tarikh: 28 Julai 2003
Daripada: Saif
Kepada: Rajesh
Subjek: Terimakasih saudari

Terima kasih kerana terus percaya kan kami. Banyak terima kasih kerana semua maklumat terbaru Kavyan yang telah saudari sampaikan. Kerjasama itu sangat penting pada kita. Kami tolong saudari dan saudari tolong kami.

Memang tak salah kami pilih saudari. Saya sudah yakin bahawa saudari sangat dipercayai dan sanggup berbohong untuk tak dedah maklumat kami pada dia.


Tarikh: 31 Julai 2003
Daripada: Rajesh
Kepada: Uthaya

Kandungan SMS: Have you had any friend by the name of Rajasekaran? He is the one who does the translation for them [Saif].


Tarikh: 5 Ogos 2003
Daripada: Saif
Kepada: Rajesh
Subjek: Maklumat sms dan email polimik

Terima kasih saudari kerana terus setia hantar maklumat pada kami. Banyak maklumat saudari dah bagi pasal Kavyan dan penulis bangsa India itu.


Tarikh: 8 Ogos 2003
Daripada: Rajesh
Kepada: Uthaya

Kandungan SMS: Sekarang saya faham kenapa Hasan Baseri Budiman tulis tentang awak [baca di sini]. Baca tesis saya nanti tentang komen saya tentang cerpen AWAK. [Baca abstrak di sini. Salinan tesis ada di Rumah Kavyan.]


Tarikh: 8 Ogos 2003
Daripada: Rajesh
Kepada: Uthaya

Kandungan SMS: Satu Malaysia tahu tentang awak termasuk mereka. MEREKA AKAN HANCURKAN AWAK. Kalau awak bijak, awak dan Ashok cuba selamatkan KAVYAN. Jangan libatkan saya atau Saif dlm hal ini.


Tarikh: 10 Ogos 2003
Daripada: Saif
Kepada: Uthaya
Subjek: password

Saya telah pun berusaha memberikan maklumat mengenai beberapa usaha negative yang sedang berlaku. Saudara ada bagi tau Rajes bahawa saudara hanya akan mempercayai kalau lah dapat baca kandungan dalam inbox saya.

Password saya: rajarajes. Boleh lah masuk ke dalam inbox saya untuk tengok sendiri. Boleh lah juga printkan untuk jadi bukti untuk tunjuk pada orang orang lain.


Demikianlah petikan kandungan e-mel dan SMS berkaitan konspirasi Raja Rajeswari menghancurkan Kavyan dan Baca Cerpen Kavyan pada tahun 2003.

Sehingga kini, tidak diketahui siapakah Saif, Rajasekaran dan Ashok yang dinyatakan oleh Raja Rajeswari. Ada pandangan mengatakan wanita ini mungkin mengalami masalah mental dissociative identity disorder (DID).

Dalam isu novel Interlok, wanita ini yang mungkin ada masalah halusinasi cuba menuduh Dr Saleeh Rahamad (Presiden PENA) sebagai dalang yang memujuknya menghancurkan Kavyan – baca di sini.


Nampaknya wanita hipokrit ini masih meneruskan usaha jahat menghancurkan penulis kaum India. Semoga pendedahan ini akan membantu orang ramai lebih berhati-hati.