Wednesday, 3 August 2016

SJKT – Aduan 1

Berikut aduan yang diterima daripada Kala (bukan nama sebenar) pada 3 Ogos 2016 berhubung SJKT Simpang Lima, Klang:

Guru Besar sering mengadakan aktiviti pada Sabtu ketiga dan kelima setiap bulan, walaupun sudah ada Pekeliling (Surat Siaran) dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada awal tahun ini mengenai isu ini. Guru Besar SJKT Simpang Lima angkuh dan ingkar perintah KPM, dan berdegil mahu mengadakan aktiviti pada Sabtu minggu ketiga dan kelima. Guru-guru pula diugut dengan kata-kata: “Markah prestasi akan dikurangkan sekiranya tidak hadir untuk aktiviti pada Sabtu minggu ketiga dan kelima!” Maka, para guru takut untuk bersuara kerana kuasa mutlak pada Guru Besar. Guru Besar boleh bertindak ikut suka hati dan ikut apa yang dia fikir betul. Sebab itulah semua guru takut untuk bersuara.

Identiti pemberi maklumat dijamin dirahsiakan sepenuhnya. Anda juga boleh tampil mengemukakan aduan demi usaha menyelamatkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) daripada sebarang kelemahan yang menjejaskan impian kempen “SJKT Pilihan Kita” oleh kerajaan.

Rujuk Anda Mahu Terus Membisu? untuk maklumat lanjut – atau KLIK DI SINI.

Paparan isu-isu terpencil ini bertujuan menarik perhatian pihak berkuasa – khasnya Kementerian Pendidikan Malaysia, dan Jabatan Perdana Menteri – supaya siasatan dapat dilakukan sebelum mana-mana SJKT mengalami kemusnahan akibat tindakan tangan-tangan yang rakus.


Harap maklum bahawa anda membaca paparan ini serta segala kandungan mana-mana blog kendalian Uthaya Sankar SB atas pilihan sendiri.