5 Sept 2015

Pengenalan Nari! Nari!

Cerita rakyat sentiasa menjadi pilihan untuk menyampaikan mesej, moral dan pengajaran berguna kepada kanak-kanak. 
  
Nilai-nilai murni yang disampaikan biasanya bersifat sejagat dan merentas batas budaya.

Buku Nari! Nari! mengumpulkan sembilan cerita rakyat India yang bersifat malar dan sesuai dibaca oleh kanak-kanak dan remaja pelbagai kaum. Malah, golongan dewasa juga pasti teruja untuk membaca dan mengimbas pengalaman lalu menerusi kisah-kisah menarik yang disajikan dalam buku ini.

Secara tidak langsung, Nari! Nari! boleh menyumbang kepada usaha memupuk persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, etnik, agama dan budaya di Malaysia.

Dipetik daripada bahagian pengenalan buku Nari! Nari! (2015). Baca juga: Komen Rakan-rakan Sinopsis Sembilan CeritaA Cunning Wolf Called NariSenarai PenyumbangTempahan AwalBiodata Uthaya Sankar SB.