Impian menerbitkan Nari! Nari! – Kumpulan Cerita Rakyat India
bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi!
Sejak beberapa tahun lalu, saya berdepan masalah mendapatkan
pelukis yang dapat memperuntukkan masa dan tenaga bagi menghasilkan ilustrasi bagi buku ini. Bagaimanapun,
saya tetap menghargai usaha beberapa rakan dan kenalan yang cuba membantu.
Pada 8 Mac 2015, hasil pertemuan dan perbincangan dengan
pengarah urusan Gemilang Publishing Sdn Bhd, Encik Koh Yok Hwa, jalan penyelesaian terbaik
ditemui.
Sejumlah sembilan cerita rakyat diceritakan semula menggunakan
Bahasa Malaysia supaya sesuai bagi
bacaan kanak-kanak pelbagai kaum di Malaysia.
Versi asal buku Nari! Nari! terbit pada 1995 dan
diulang cetak pada 2000. Apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Dawama sudah
tidak berminat untuk mencetak semula, saya mengambil semula hak penerbitan bagi
buku berkenaan – BACA KISAH ITU DI SINI.
Buku yang bakal diterbitkan semula akan menampilkan
ilustrasi serba baru dan merupakan edisi yang dikemas kini dari segi kandungan
dan cerita.
Menurut penerbit, versi asal 1995 dan 2000 turut mendapat
sambutan hangat daripada murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Hal ini mungkin kerana cerita-cerita rakyat yang terkandung dalam buku ini
dekat dengan diri mereka.
Tidak mustahil kanak-kanak yang membaca buku Nari! Nari! pernah mendengar
cerita-cerita berkenaan daripada nenek dan emak masing-masing.
Golongan yang pernah membaca buku itu (edisi 1995 dan 2000)
tentu sudah dewasa, dan mungkin sudah menjadi ibu bapa. Tidak mustahil bahawa
mereka juga menyampaikan kisah watak Nari kepada anak-anak mereka.
Kelahiran Nari! Nari! – Kumpulan Cerita Rakyat India
merupakan suatu nostalgia menarik bagi saya secara peribadi. Mungkin pembaca
yang pernah membaca versi asal akan merasai perkara sama apabila berpeluang
memiliki edisi terbaru ini nanti.
Buku ini akan diterbitkan dalam jumlah yang terhad dan
dijual kepada orang ramai secara dalam talian (online) menerusi tempahan awal berbayar, serta jualan semasa
aktiviti Kumpulan Sasterawan
Kavyan (Kavyan).; sementara stok masih ada.
Perkembangan penerbitan buku ini boleh diikuti menerusi Facebook [klik di sini] atau kunjungi blog ini
dari semasa ke semasa.
Kerjasama
dan sokongan orang ramai dalam menjayakan penerbitan Nari! Nari! – Kumpulan Cerita
Rakyat India amatlah diharapkan dan dihargai.
Sila KLIK DI SINI untuk membuat tempahan awal.
Sila KLIK DI SINI untuk membuat tempahan awal.