22 Jul 2013

Pecah

Mungkin juga salah saya sendiri kerana mengimpikan watak-watak pelbagai kaum dalam novel Pecah (FIXI, 2011) karya Khairulnizam Bakeri dikekalkan dalam versi filem. Seketika saya terlupa bahawa filem-filem Melayu masih lagi menggunakan formula “tentang Melayu, untuk Melayu”. Apa-apa pun, filem Pecah (2013) berjaya memecahkan tradisi filem-filem Melayu. Mungkin juga itu sudah memadai buat masa sekarang.