Saya agak “lewat” menonton filem Naan
(Tamil, 2012) lakonan Vijay Anthony (yang juga penerbit, pengarah muzik dan
penyanyi dalam filem ini). Apa yang paling memikat tumpuan saya mengenai filem
ini yang ditonton pada 26 Mei 2013 adalah bahawa sukar untuk menjangkakan apa
yang akan berlaku dalam masa 90 saat
akan datang!
Sekadar makluman, Siddharth Venugopal yang
pada asalnya patut memegang peranan utama terpaksa menjadi pelakon pembantu
sahaja berikutan kegagalan filem Ananda
Thandavam (‘Tarian Gembira’, Tamil, 2009) – filem berdasarkan novel hebat berjudul
Pirivom Santhippom karya Sujatha (S. Rangarajan).
Walaupun Naan adalah filem pertama lakonannya, mutu lakonan Vijay Anthony ternyata ratusan kali lebih baik
berbanding Joseph Vijay (yang berlakon sejak 1992).
Dapat diperhatikan bahawa filem Naan (‘Saya’) berakhir dengan catatan “thodarum” (‘bersambung’), tetapi pengarah (Jeeva Sankar) serta penerbit (Vijay
Anthony dan Fathima) mengesahkan belum ada sebarang cadangan membuat filem susulan
(sequel).
Harap maklum bahawa
golongan rasis, fanatik, etnosentrik dan ultra kiasu serta Ridhuan Tee Abdullah, Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin pasti “mengecam”
penayangan filem Naan di Malaysia. [Baca juga –
Tiga lagi filem Tamil]

No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!