7 Apr 2013

Komen Niera Jp

Komen terbaik yang saya terima setakat ini daripada seorang ahli Human Rights Party (HRP)! Mengatasi kehebatan komen Huya Fatta yang sesat dan Subari Ahmad yang jahil. 
 
Saya percaya akan ada banyak lagi komen yang “lebih baik” pada 7 dan 8 April 2013; sama ada daripada Niera Jp atau orang lain. 
 
Makalah “Rakyat perlu tunjuk taring!” (Free Malaysia Today, 6 April 2013) boleh dibaca DI SINI. Makalah ini untuk santapan minda; bukan santapan lutut!
 
Klip video yang dimaksudkan oleh Niera Jp (www.facebook.com/niera.jp) boleh ditonton DI SINI. Sila tonton sepenuhnya sebelum mula melatah seperti Niera Jp. 
 
Maklumat lengkap berkaitan isu “Interlok:Edisi Murid” boleh dirujuk DI SINI. Baca kesemuanya dengan tenang dan waras sebelum mula melatah. 
 
Nota: Saya berasa sangat kasihan jika mentaliti Niera Jp “mewakili” mentaliti pertubuhan yang diwakilinya.
 
Tambahan: Pada tengah hari 7 April 2013, Niera Jp sudah membuang komen asal (rujuk foto di atas) dan menggantikannya dengan komen baru (sila klik foto di bawah).
Pada 8 April 2013, wakil HRP, A. Sugumaran (Cikgu Suguz) membuat pengakuan di Facebook bahawa "Yes to PR if they take Hindraf with them!" manakala penyokong tegar HRP, Niera Jp menegaskan "Anuar cukuplah! Cukup! Jangan pakai lagi taktik zaman Mahathir!" selain mendedahkan bahawa "PM Najib memberi ruang untuk Hindraf berbincang." (Sila klik pada foto untuk membesarkan paparan.)

Akhirnya, nampak gayanya, kata-kata Tun Mahathir bahawa "syaitan yang dikenali adalah lebih daripada malaikat yang tidak dikenali" terbukti sesuai dalam kes Hindraf. Komentar berikut memberikan gambaran jelas:

Akhirnya, pada 8 April 2013, terbukti bahawa impian Hindraf adalah untuk mendapatkan "kerusi"! Pengakuan itu dibuat sendiri oleh wakil HRP, Sugumaran menerusi komen di Facebook. Maka, sudah tidak timbul lagi keperluan untuk berbahas mengenainya.

Amat menghairankan bahawa HRP menganggap UMNO/BN dan PR sebagai "syaitan yang dikenali" seperti diakui oleh jurucakap HRP, Sugumaran pada 8 April 2013 menerusi komen di Free Malaysia Today (sila klik foto di bawah) tetapi masih merayu (mendesak?) PR memberi peluang calon HRP bertanding menggunakan tiket PR. Inikah imej (maruah?) "kaum India miskin" yang mahu diberikan oleh HRP? Maaf, saya tidak mahu bersubahat!

Beberapa lagi makalah berkaitan kempen saya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) boleh dibaca DI SINI. Harap maklum bahawa makalah-makalah saya adalah untuk santapan minda, bukan santapan lutut.