Sunday, 21 April 2013

Impian Pengundi: Nating

Dalam cerpen “Nating” (Kisah dari Siru Kambam, 2013), dinyatakan bahawa semasa berkempen, seorang calon Wakil Rakyat berjanji akan “memberikan Nating kepada penduduk Siru Kambam” sekiranya dia menang dalam pilihan raya.
 
(a) Pada pandangan, imaginasi dan tanggapan anda, apakah “Nating” yang dimaksudkan itu?
 
(b) Adakah “Nating” yang anda maksudkan itu sesuai dalam konteks Malaysia?
 
Kuiz ini diadakan sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan khusus bagi orang ramai yang sudah membaca kumpulan cerpen Kisah dari Siru Kambam.
 
Calon PRU-13 juga dipelawa mengambil bahagian; jika sudah membaca cerpen berkenaan.
 
Jawaban bagi soalan (a) dan (b) perlu dikirim menerusi e-mel ke uthayasb@yahoo.com.my dan apa-apa cara lain TIDAK dilayan.
 
Nyatakan “Nating” pada ruangan subjek (subject) e-mel yang dikirim.
 
Setiap e-mel yang selamat diterima akan dijawab dalam masa 24 jam untuk mengesahkan penerimaan.
 
Kemukakan jawaban sepanjang 20 hingga 100 patah perkataan sahaja merangkumi soalan (a) dan (b) di atas.
 
Bersama-sama jawaban itu, peserta perlu melampirkan foto peserta beraksi seperti membaca buku Kisah dari Siru Kambam.
 
E-mel berserta jawaban dan foto perlu sampai selewat-lewatnya pada tarikh 27 April 2013, pukul 4:00 petang (waktu di Malaysia). E-mel yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
 
Sila nyatakan nama, nombor telefon, alamat e-mel dan tempat tinggal (bandar/pekan) dalam e-mel yang dikirim. Jawaban tanpa maklumat ini tidak akan dilayan.
 
Jawaban akan dinilai dari sudut kreativiti, imaginasi, logik, pemikiran kritikan, aspek penggunaan Bahasa Malaysia yang betul serta kemampuan berfikir di luar lingkungan (outside the box).
 
Sekiranya jawaban diterima daripada maksimum 10 peserta, maka hadiah berupa buku Travelog Beijing (2012) akan diberikan kepada 2 peserta yang mengemukakan jawaban paling menarik.
 
Sekiranya jawaban diterima daripada maksimum 20 peserta, maka hadiah berupa buku Travelog Beijing akan diberikan kepada 5 peserta yang mengemukakan jawaban paling menarik.
 
Jawaban mestilah asli dan bukan meniru/menyalin petikan daripada cerpen.
 
Jika ada dua atau lebih jawaban yang ternyata ada terlalu banyak persamaan yang amat ketara, maka semua jawaban yang sama itu akan digugurkan; tanpa mengira siapa meniru siapa.
 
Jawaban-jawaban yang dikemukakan mungkin akan didokumentasikan di blog bersama-sama foto yang dilampirkan. Penyuntingan mungkin dilakukan selagi tidak mengubah maksud.
 
Keputusan akan diumumkan di blog www.uthayasb.blogspot.com pada 28 April 2013 dan keputusan adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
 
Hadiah berupa buku Travelog Beijing dijangka dikirim melalui Pos Laju (ke mana-mana destinasi di Malaysia sahaja) pada 29 April 2013.