Tuesday, 19 March 2013

Kembalikan Kisah dari Siru Kambam

Sesiapa yang sudah membeli dan membaca kumpulan cerpen Kisah dari Siru Kambam (2013) tetapi merasakan kisah-kisah dalam buku itu membuatkan mereka (pembaca) sudah hilang pegangan pada agama asal dipersilakan untuk:
 
1) Mengembalikan buku berkenaan kepada pengedar tunggal (Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya) sebelum 31 Mac 2013 berserta resit asal dan nota bertulis mengesahkan mereka (pembaca) sudah hilang pegangan pada agama asal selepas membaca Kisah dari Siru Kambam kerana ada “unsur penyebaran agama Hindu”. Wang akan dikembalikan sepenuhnya walaupun buku sudah diconteng.
 
ATAU
 
2) Menyerahkan buku Kisah dari Siru Kambam kepada jabatan agama (mengikut agama masing-masing pembaca) supaya jabatan agama berkenaan boleh melakukan penilaian dan seterusnya mengeluarkan kenyataan rasmi (jika perlu) untuk mengesahkan kumpulan cerpen itu mampu membuatkan pembaca hilang pegangan pada agama asal.
 
ATAU
 
3) Menyertai gerombolan anjing-anjing anti-Uthaya yang sedang menyalak bukit sambil mengharapkan upah tulang babi daripada Tuan mereka. Saya akan membiarkan sahaja anjing-anjing itu terus menyalak. Bak kata pepatah Melayu: Anjing menyalak, bukit takkan runtuh.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!