Saya membeli akhbar Berita Harian pada Ahad, 17 Mac 2013 semata-mata untuk membaca
cerpen “Yang Dibuang Itu” karya M. Mahendran. Memang sangat
membanggakan untuk melihat “kemunculan” semula pengarang berbakat ini. Untuk
makluman, beliau adalah penulis senior dan seangkatan dengan Saroja Theavy Balakrishnan. Saya membaca cerpen-cerpen mereka berdua sejak sebelum saya
sendiri bergelar penulis. Sila KLIK DI SINI dan DI SINI untuk maklumat lanjut mengenai Mahendran.
Nota hujung: Saya tidak sedar pula akhbar Berita Harian pada hari Ahad tidak lagi digelar Berita Minggu.

No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!