It’s
such a pity that Political Animals
(2012) starts and ends with Season One. There’s so much hope in the political
and journalism theme it portrays.
Sigourney Weaver yang baru-baru ini saya
tonton dan suka akan penampilannya sebagai profesor psikologi bernama Margaret
Matheson dalam filem Red Lights (2012), kali ini memegang
watak Elaine Barrish, bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat – bukan Wanita Farsa Pulau Cinta atau First Lady Malaysia! – yang juga bekas
Gabenor Illinois dan kini Setiausaha Negara.
Menonton Political Animals mungkin
segera mengingatkan kita kepada Hillary Rodham Clinton. Watak bekas suaminya,
Donald ‘Bud’ Hammond iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat dan bekas Gabenor
North Carolina pasti mengingatkan kita kepada presiden ke-42, Bill Clinton –
walaupun penampilan diri Ciaran Hinds yang memegang watak lelaki gila seks itu
tiada persamaan fizikal.
Siri Political Animals yang lahir
daripada idea Greg Berlanti mungkin mampu memberi inspirasi kepada politikus
wanita – atau isteri kepada politikus – untuk turut memikirkan kemungkinan
bertanding merebut jawatan tertinggi dalam parti politik dan seterusnya menjadi
Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.
Namun,
amat sayang kerana siri ini – yang menarik perhatian saya tetapi mungkin
membosankan bagi orang lain – tamat pada Musim Pertama dengan episod keenam
bertajuk “Resignation Day” (Hari Peletakan Jawatan). Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut.

No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!