Saya
dengar-dengar, ada sekelompok manusia mengatakan bahawa karya seorang penulis keturunan Malayalam itu menyesatkan; ada unsur penyebaran agama Hindu.
Maka,
saya juga merasakan sekelompok manusia ini wajar memahami kenyataan bersama
yang dikeluarkan oleh empat Sasterawan Negara iaitu Muhammad Haji Salleh, Anwar Ridhwan, Shahnon Ahmad dan Noordin Hassan pada 8 Mac 2011.
Antara
lain, kenyataan itu menyatakan bahawa “kita harus membaca sastera sebagai
sastera, dan bukan buku sejarah atau politik. Membaca sastera ialah suatu
proses berfikir, merasa dan menghayati bahasa, peristiwa dan gagasan. …” [BACA KENYATAAN PENUH DI SINI]
Saya
masih lagi beragama Islam walaupun membaca The
Da Vinci Code dan The Fellowship of
the Ring. Begitu juga dengan seorang sahabat saya yang masih lagi menganuti
agama Hindu walaupun akrab dengan novel Imam
dan Tuhan Manusia.
(Catatan Shahrulnizam bin Abd Hamid
dari Shah Alam, Selangor di Facebook
pada 28 September 2012) - KOMEN SETERUSNYA