Berdebar, sakit
hati, tegang, sedih dan pelbagai rencam perasaan bermain dalam jiwa tatkala
menghayati naskah daripada penulis berbakat besar dalam dunia penulisan tanah
air ini. Percayalah, bagi penggemar naskhah bermutu tinggi, novel Panchayat: Edisi Khas tidak akan
menghampakan anda seawal barisan pertama anda membacanya. ... Rasa macam mahu
menitiskan air mata apabila membaca kisah dalam novel ini. ... Akhirnya,
selesai menghadamkan Panchayat: Edisi
Khas walaupun dalam emosi penuh tegang! Cuba menerima kesudahan novel
walaupun akhirannya amat “menyakitkan” untuk ditelan. Saya membaca setiap baris
dan setiap patah sehingga ke angka “270” tanpa meninggalkan walau satu huruf
dan satu nombor pun. Tidak puas membaca novel ini. Harap-harap akan lahir lebih
banyak novel bermutu tinggi seumpama ini dalam pasaran. – Annur Puteri (novelis) di Facebook pada 22 & 23 Februari 2012.
[Foto: Anak-anak novelis]