30 Jun 2012

Penerbitan Panchayat: Edisi Khas


Sukacita dimaklumkan bahawa saya kini dalam proses menerbitkan semula novel Panchayat: Edisi Khas (ISBN: 978-983-40562-6-1) yang merupakan edisi “dimurnikan” daripada novel Panchayat (2002).

Penerbitan novel Panchayat: Edisi Khas selaras dengan usaha menambah bahan bacaan sastera Bahasa Malaysia yang dihasilkan pengarang kaum India serta secara dominan menggambarkan budaya, pemikiran, adat, agama, kepercayaan, cara hidup dan amalan masyarakat India di Malaysia serta hubungan mereka dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Ke arah itu, saya sedang berusaha mendapatkan sumber kewangan bagi menampung kos supaya novel ini dapat diterbitkan dalam “edisi terhad” sebelum hujung tahun 2012 [Sasaran: sebelum 31 Ogos 2012].

Dua bentuk sumbangan berbentuk "tempahan awal" (pre-order) yang saya harapkan daripada rakan-rakan dan kenalan adalah seperti berikut:


Sumbangan Satu
Memberi sumbangan RM20 [sebelum 26 Julai 2012] dan menerima dua naskhah PERCUMA novel Panchayat: Edisi Khas apabila terbit. Nama para penyumbang akan dinyatakan dalam buku.


ATAU


Sumbangan Dua
Memberi sumbangan RM50 [sebelum 26 Julai 2012] dan menerima lima naskhah PERCUMA novel Panchayat: Edisi Khas apabila terbit. Pandangan anda (50-100 perkataan) mengenai novel Panchayat: Edisi Khas akan dicetak pada “Pengantar” novel ini.


Besarlah harapan saya bahawa permohonan sumbangan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada rakan-rakan dan kenalan.

Harap sudi menghubungi saya menerusi Facebook atau e-mel uthayasb@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan.

Tempahan ditutup pada 26 Julai 2012 dan saya berharap dapat menguruskan penerbitan novel "edisi terhad" ini sebelum 31 Ogos 2012. Sila KLIK DI SINI untuk melihat senarai penyumbang.

NOTA: Sumbangan ikhlas berupa "tempahan awal" (RM10.00 senaskhah) novel Panchayat: Edisi Khas ditutup pada 26 Julai 2012. Dari 27 Julai 2012 hingga 31 Ogos 2012, novel berkenaan boleh ditempah pada harga RM20.00 senaskhah. Harga mulai 1 September 2012 adalah [RUJUK DI SINI]. Tiada naskhah percuma.