Masyarakat India pada umumnya membahagikan
“karma” [Rujuk Bahagian 1] kepada
tiga bentuk iaitu “prarabdha karma”, “sancita karma” dan “agami karma”.
“Prarabdha karma” merujuk pada “karma” yang
dikumpul pada kelahiran lalu dan kesannya ditanggung pada kelahiran ini.
“Karma” jenis ini sudah pun ditetapkan berdasarkan “karma” terkumpul dan tidak
boleh diubah.
Contoh terbaik “prarabdha karma” adalah
jantina, ibu bapa, warna kulit dan keturunan. Semua ini tidak boleh
diubah. Misalnya, apabila seorang individu kaum India beragama Hindu memeluk
agama lain, dia tetap kaum India kerana “prarabdha karma” tidak berubah apabila
dia mengubah agama yang dianuti.
“Sancita karma” pula merujuk pada kesemua
“karma” yang terkumpul pada kesemua kelahiran lalu. Perlu diingatkan,
masyarakat India
percaya bahawa kelahiran, kehidupan dan kematian adalah proses yang berterusan.
Maka kesemua “karma” terkumpul pada kesemua kelahiran lalu akan memberi kesan
terhadap kelahiran terkini. - Baca makalah penuh dalam Mandala Bicara.
(© Uthaya Sankar SB. Makalah ini disiarkan
di The Malaysian Insider pada 14 Mei 2012.
Sila rujuk juga makalah bertajuk “Dharma sebagai Norma Masyarakat” dan “Dharma sebagai Kod Etika” untuk pemahaman lanjut berhubung topik ini.)