9 Sept 2011

Bengkel Pendidikan Moral SPM

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menganjurkan Bengkel Pendidikan Moral SPM, khususnya bagi calon SPM 2011.

Tarikh: 24 September 2011 (Sabtu)


Masa: 10.00 pagi – 1.00 tengah hari


Tempat: Bilik Seminar 2, Tingkat 1, Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam. (Gunakan Google Map untuk memastikan lokasi.)


Program anjuran Kavyan dengan kerjasama PPAS ini menampilkan guru berpengalaman yang akan memberikan panduan eksklusif dan komprehensif kepada peserta mengenai teknik memahami subjek Pendidikan Moral peringkat SPM.


Penyertaan terhad kepada 15 peserta yang paling awal mendaftar dengan menghubungi infokavyan@yahoo.com.my atau 016-3288142, serta menjelaskan yuran selewat-lewatnya pada 20 September 2011.


Bengkel ini khusus bagi pelajar yang benar-benar komited dan mahu mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
Permintaan untuk membuat bayaran pada 24 September 2011 (semasa bengkel) tidak dapat dilayan.

Rangka atur cara adalah seperti berikut. Masa yang ditetapkan adalah Waktu Kavyan iaitu waktu yang tepat dan bukannya lewat 30 minit!


9:30 pagi


Meja pendaftaran dibuka di Tingkat 1, PPAS. Peserta yang sudah mendaftar dan menjelaskan bayaran wajib membawa slip pembayaran sebagai bukti.


10:00 pagi


Pengenalan oleh Uthaya Sankar SB


10:05 pagi


Bengkel oleh guru/pembimbing berpengalaman


12:45 tengah hari


Sesi soal-jawab


Mengisi borang komen


1:00 tengah hari


Bersurai


Nota: Makan tengah hari tidak disediakan


Maklumat lanjut:


Bengkel dikendalikan oleh guru yang berpengalaman mengajar subjek Pendidikan Moral peringkat SPM.


Bengkel diadakan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan.


Peserta dikenakan bayaran bagi menampung kos fotokopi, nota dan bimbingan profesional.


Penyertaan terbuka kepada 15 peserta sahaja menggunakan konsep “yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan” (first come, first served).


Penyertaan hanya dianggap sah apabila menjelaskan bayaran penyertaan.


Meja pendaftaran di Tingkat 1, PPASdibuka pada pukul 9:30 pagi pada tarikh bengkel.


Pendaftaran akan ditutup tepat pukul 10:00 pagi Waktu Kavyan. Peserta yang tiba lewat tidak dibenarkan masuk.


Bayaran penyertaan tidak akan dipulangkan jika peserta gagal hadir atau lewat.


Untuk mendaftar, sila hantar nama penuh, nombor telefon, alamat e-mel dan alamat ke infokavyan@yahoo.com.my dan setiap e-mel yang diterima akan dibalas dengan maklumat lanjut/terperinci mengenai bengkel ini.


Sekiranya e-mel tidak dibalas, maknanya e-mel berkenaan tidak sampai kepada pihak urus setia.


Makan tengah hari TIDAK disediakan.


Peserta diingatkan supaya berpakaian sopan dan sesuai dengan tempat di mana bengkel dikendalikan.


Hanya peserta berdaftar dan urus setia bengkel dibenarkan berada di dalam bilik seminar di mana bengkel dikendalikan.


Ibu bapa atau pengiring TIDAK dibenarkan berada di dalam bilik seminar di mana bengkel dikendalikan.


Peserta perlu membawa alat tulis dan kertas untuk menulis jawapan bagi latihan yang diberikan.


Peserta digalakkan membawa air mineral.


Pengangkutan pergi-balik tidak disediakan.


Sila ketahui lokasi PPAS (bangunan baru). Sebarang panggilan telefon pada pagi hari bengkel untuk bertanya panduan jalan TIDAK akan dilayan!


Tempat letak kereta (percuma) terdapat di PPAS.


Sila datang awal untuk mengelakkan sebarang masalah.


Telefon bimbit perlu ditutup atau diletakkan dalam mod senyap sepanjang bengkel. Tindakan tegas akan diambil jika tidak patuh pada arahan ini.


Peserta wajib patuh pada peraturan.


Untuk maklumat lanjut, hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau 016-3288142 selewat-lewatnya pada pukul 11:00 malam, 23 September 2011. SMS tidak dibalas.


Nota: Foto sekadar hiasan