28 Aug 2011

Novel Bersiri “Panchayat” di FMT

Novel Panchayat terbit pada 2002 dan saya bercadang menerbitkannya semula pada 2011 dengan judul Panchayat: Edisi Khas. Sila KLIK DI SINI untuk membaca kertas cadangan berkenaan.

Kerja-kerja penyuntingan dan pemurnian dilakukan oleh Editor Bersekutu yang terdiri daripada Jawatankuasa Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan membaiki segala kelemahan, kesilapan bahasa, kesalahan fakta dan pembetulan maklumat ke arah menyajikan sebuah karya sastera yang lebih bermutu.


Tentu sahaja pengalaman daripada Kontroversi Novel Interlok Edisi Murid menjadi panduan amat berguna dalam usaha pemurnian ini.


Saya turut mendapat kerjasama daripada beberapa individu yang tampil menawarkan diri menjadi Editor Bersekutu dan menyunting manuskrip novel berkenaan sebagai persiapan menerbitkan Panchayat: Edisi Khas. Antaranya: Devaraj P Thangaraju, Ambiga Rajanthran, Serigaring Lim @ Lim Ah Nee, Badrul Hassan dan Dhanesh Rajanthran. [MAKLUMAT LANJUT]


Malangnya, atas sebab kekangan kewangan, novel berkenaan belum dapat dicetak.


Bagaimanapun, portal berita Free Malaysia Today (FMT) bersetuju untuk menyiarkannya secara bersiri mulai 5 Jun 2011. Sila KLIK DI SINI untuk membaca sedikit catatan mengenainya.


Pada akhir setiap bahagian, terdapat catatan berikut:


“Uthaya Sankar SB boleh dihubungi menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my untuk sebarang komen bagi ‘memurnikan’ novel ‘Panchayat: Edisi Khas’ dari aspek kesilapan bahasa, kesalahan fakta dan perkara yang mungkin menyentuh sensitiviti kaum sepanjang ia disiarkan secara bersiri di FMT.”


Langkah ini bagi menggalakkan orang ramai turut terlibat dalam usaha memurnikan novel berkenaan sebagai persiapan sebelum ia dicetak nanti; dengan izin Tuhan.


Sila KLIK DI SINI untuk membaca novel Panchayat: Edisi Khas (ISBN: 978-983-40562-6-1) yang disiarkan secara bersiri pada Sabtu dan Ahad di Free Malaysia Today mulai 6 Jun 2011.