
Ibu mangsa menceritakan bahawa pengetua tidak pernah menghubunginya berhubung kes itu. Malah, dua hari selepas kes, dia dan suaminya pergi ke sekolah untuk bertemu pengetua tetapi terpaksa menunggu hampir sejam sebelum dilayan kerana pengetua berada di kantin.
Quah Saw Choon pula memetik kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran dalam satu kes lain di mana ditegaskan bahawa pembuli perlu dibuang sekolah jika mencederakan mangsa (pelajar lain).
Foto-foto yang disiarkan disertakan penerangan bahawa ibu bapa yang tidak puas hati mahu Kementerian Pelajaran tukar pengetua; ibu bapa menyediakan tulisan pada kad manila tetapi dihalang oleh polis untuk dipamerkan; dan polis minta ibu bapa bersurai dalam masa lima minit.