12 May 2011

Guang Ming Daily

Akhbar Guang Ming Daily keluaran 12 Mei 2011 menyiarkan berita dengan tajuk “50 ibu bapa tidak puas hati dengan pengetua, hantar petisyen”.

Dinyatakan bahawa polis menghalang mereka mengadakan perhimpunan aman kerana tidak ada permit. Maka, mereka berhimpun selama lima minit sahaja sebelum bersurai.


Beberapa ibu bapa menyatakan bahawa mereka sudah membuat aduan tapi tiada tindakan daripada pengetua berhubung pelbagai kes. Ibu bapa risau akan keselamatan anak-anak.


Quah Saw Choon berkata, surat aduan dan petisyen dengan lebih 700 tandatangan sudah dihantar kepada Menteri Pelajaran tetapi belum ada maklum balas. Maka, ibu bapa mahu kementerian mengambil tindakan segera.


Katanya, Timbalan Menteri Pelajaran ada menyebut bahawa jika berlaku kes pelajar dibuli dan mangsa itu cedera, maka pembuli perlu dibuang sekolah. Akan tetapi, hal itu tidak berlaku di sekolah ini dalam kes pelajar dibuli dan dibelasah pada 13 April 2011.


Tajuk kecil pula mengenai Kia Ooi Meng yang menjelaskan bahawa kes anaknya dibuli dan dibelasah hingga cedera pada 13 April 2011 masih belum selesai dan tiada tindakan lanjut; khasnya daripada pihak pengetua.


Satu lagi tajuk kecil adalah mengenai tindakan pelajar sekolah itu yang meluahkan perasaan marah dan protes terhadap pengetua dengan cara menconteng dinding bangunan di sekitar sekolah.