5 Apr 2011

Interlok Terus Dipertikai

Novel Interlok hasil karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain menjadi kontroversi apabila kandungan buku tersebut dikatakan menyentuh sensitiviti kaum India.


Kontroversi itu semakin parah ekoran sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) India turut membantah keras penggunaan novel tersebut kerana dikatakan mengguna pakai perkataan “paria” yang merujuk kepada kaum India negara ini.


Ikuti bual bicara Kalsum Ahmad dan Nizam Zain bersama Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan, Uthaya Sankar SB bagi mengulas lebih lanjut perkembangan terkini kemelut ini setelah panel khas ditubuhkan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik demi perpaduan semua kaum di Malaysia.


[Nota: Wawancara ini dibuat pada 19 Mac 2011 dan disiarkan di Siasah, 1-7 April 2011]