15 Mar 2011

Pertemuan Bekas Pelajar SMDR

Sebagai susulan pertemuan pertama bekas pelajar/guru Sekolah Menengah Darul Ridwan (SMDR/SMKDR) pada November 2010, satu lagi pertemuan sedang diatur pada Oktober 2011. .
..

Pertemuan kali ini adalah khusus bagi bekas pelajar SMDR/SMKDR dan tidak melibatkan guru. Langkah ini bagi membolehkan komunikasi, pergaulan dan perbincangan secara lebih dekat dalam kalangan bekas pelajar terbabit.

.

Tarikh yang dicadangkan adalah 29 Oktober 2011 (Sabtu) dan pertemuan akan berlangsung pada sebelah petang di suatu lokasi yang belum lagi ditentukan di Taiping, Perak.

.

Kerjasama para bekas pelajar SMDR/SMKDR diperlukan untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan terbabit supaya pertemuan kali ini mampu mengumpulkan lebih ramai individu.

.

Pertemuan kali ini akan diselaraskan oleh S Ghanthimathi, G Surendran dan Uthaya Sankar SB di Kuala Lumpur; manakala penyelarasan di Taiping diuruskan oleh Nor Azura Kasim dan Arokiasamy A.

.

Harap sudi kemukakan nama, alamat e-mel dan nombor telefon rakan-rakan kepada Uthaya menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my (e-mel yang dihantar ke alamat yang betul sahaja akan dibalas).

.

Maklumat mengenai jumlah bayaran, tempat dan masa pertemuan, atur cara dan sebagainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui SMS, e-mel, blog dan tag di Facebook.

.

Kerjasama semua amat diperlukan bagi menjayakan majlis ramah mesra ini. Sila KLIK DI SINI untuk laporan dan foto pertemuan pada November 2010.