10 Sept 2010

Pertemuan Panther

Selepas hampir 20 tahun, baru-baru ini saya berpeluang “bertemu semula” dengan sekumpulan rakan-rakan semasa sekolah menengah. Pertemuan kami adalah menerusi Facebook.
.

Satu pertemuan kecil-kecilan dijadualkan pada 25 September 2010.

.

Memang ada beberapa rakan lama yang terus saya hubungi sejak dahulu tetapi kebanyakan daripada mereka hanya baru saya “temui” semula.

.

Hal ini mungkin kerana pada “zaman” itu tiada laman rangkaian sosial seperti Friendster dan Facebook. Malah, kami baru sahaja berkenalan dengan komputer pada masa itu – sebelum kewujudan tetikus dan Windows.

.

Bagaimanapun, mujurlah rakan-rakan lama tetap tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi dan aktif di ruang siber. Melalui Facebook juga saya dan Zul Fikar mengatur pertemuan dengan Zura Kassim dan Shamshell Aza di Taiping pada 4 September 2010. [Baca catatan DI SINI]

.

Atas rasa nostalgik, seseorang mencadangkan – di Facebook – supaya diadakan pertemuan semula rakan-rakan lama dari Sekolah Menengah Darul Ridwan (SMDR), Taiping.

.

Maka, pertemuan dijadualkan di MidValley, Kuala Lumpur pada 25 September 2010 (Sabtu), 2:00-5:00 petang. Lokasi di Kuala Lumpur dipilih kerana ramai juga bekas pelajar SMDR kini berada di sekitar Lembah Klang.

.

Bagi rakan-rakan yang berada di Perak dan kawasan utara, mungkin pertemuan lain boleh diaturkan dalam masa beberapa bulan lagi.

.

Sementara itu, Facebook terus menjadi ruang untuk bertukar cerita dan perkembangan semasa. Juga untuk berkongsi foto baru dan lama.