Sebagai susulan penyiaran cerpen itu, saya membuka peluang kepada khalayak umum mengemukakan pandangan mengenai cerpen berkenaan berdasarkan panduan berikut:
1. Pandangan wajib dikemukakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
2. Pandangan wajib ditaip menggunakan Microsoft Word dengan kesilapan bahasa paling minimum.
3. Pandangan perlu dikemukakan secara berhemah dan kesantunan berbahasa.
4. Panjang pandangan adalah minimum 150 patah perkataan dan maksimum 300 patah perkataan.
5. Pandangan yang dikemukakan tidak perlu dimasukkan petikan daripada cerpen “Pulau Pendatang”.
6. Pandangan yang dikemukakan bukan berbentuk sinopsis cerpen.
7. Pandangan perlu dikirim melalui e-mel secara lampiran (attachment) ke alamat uthayasb@yahoo.com.my sahaja.
8. Terbuka hanya kepada sesiapa yang sudah membaca sepenuhnya cerpen “Pulau Pendatang” dan mahu mengemukakan pandangan.
9. Tidak ada pandangan yang “betul” atau “salah”.
10. Dua puluh pandangan yang paling awal diterima dan menepati panduan yang dinyatakan di sini akan diberi saguhati berupa edisi kulit keras kumpulan cerpen Rudra Avatara (2008).
11. Setiap karangan berupa pandangan yang dkirim perlu diberi tajuk yang sesuai dan disertakan nama sebenar pengulas serta alamat rumah yang lengkap.
12. Pandangan terpilih akan disiarkan di blog untuk tatapan umum tetapi hak cipta bahan berkenaan masih dipegang individu terbabit.
13. Pandangan yang terpilih untuk disiarkan di blog akan dipaparkan sepenuhnya tanpa sebarang tapisan. Bagaimanapun, penyuntingan mungkin dilakukan dari segi bahasa (ejaan, tanda baca, imbuhan dan seumpamanya) selagi tidak mengubah makna asal.
14. Penyertaan ditutup sebaik sahaja sudah ada dua puluh pandangan yang memenuhi panduan-panduan yang dinyatakan di sini, atau sehingga 30 September 2010.
15. Setiap e-mel yang selamat diterima pasti akan dibalas untuk mengesahkan penerimaan. E-mel yang tidak sampai pula tentunya tidak dapat dibalas!