Betapa pengguguran kata “not” selepas “let” dalam sajak “The Dead Crow” yang dijadikan teks Komponen Sastera Bahasa Inggeris (Tingkatan 1) membunuh maksud sebenar sajak “Gagak Parit” (1985) karya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Malah, jika kita berpeluang membaca versi asal dalam Bahasa Malaysia dan membandingkannya dengan versi Bahasa Inggeris, kita akan tertanya-tanya apa sebenarnya makna “terjemahan”. Mungkin benarlah kata-kata “traduttori traditori” (translators traitors).
Berikut versi asal dalam Bahasa Malaysia, diikuti versi Bahasa Inggeris yang diterjemahkan oleh Harry Aveling sebagai santapan minda.
Gagak Parit © A. Samad Said, 1991
Dilihatnya gagak yang lara
The Dead Crow © Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992
He saw a dead crow
I want clean air
Tidak hairanlah Pak Samad tidak menggemari sajak “The Dead Crow”. [BACA DI SINI]

Nampaknya DBP enak menyetubuhi bahasa sendiri ...
ReplyDeleteFikir saya ramai penulis selesa dengan penterjemahan karya-karya mereka ke dalam Bahasa Inggeris, asalkan diterjemah dengan berhati-hati dan penuh integriti. Fikir saya juga "Bisik Warna" ("Whispers of Colour") karya Pak Samad yang diterjemah ITNM lebih berjaya meskipun upaya awal cuma.
(Antara puisi Bahasa Inggeris yang terlalu langsung sifatnya dalam antologi tersebut, inilah!)
Kalau tidak silap saya, Wira Bukit Sdn Bhd @ Pak Samad menguruskan sendiri "Bisik Warna" bagi memastikan "Whispers of Colour" tidak mengulangi peristiwa "The Dead Crow".
ReplyDeletesalam. dalam sebuah buku kumpulan puisi pak samad (agak baru, lupa tajuknya, rasanya bukan diterbit dbp), sajak 'dialog jamban' tajuknya bertukar. jamban diganti dengan jambatan. saya rasa ia mengurangkan kekerasan dan attitude sajak itu.
ReplyDelete