
.
Andrew Russell Garfield, 27, disahkan akan memegang watak Peter Parker dalam filem berkenaan yang bakal diarah Marc Webb, iaitu pengarah filem 500 Days of Summer (2009).
.
Garfield lahir pada 20 Ogos 1983 di Los Angeles, California dan keluarganya berpindah ke England semasa dia berumur tiga tahun.
.
Pemuda yang memegang kerakyatan Amerika Syarikat dan United Kingdom ini berlakon dalam filem Lions for Lambs (2007), Boy A (2007), The Imaginarium of Doctor Parnassus (2009) dan The Social Network (2010).
..
(Sinar Harian, 3 Julai 2010)