Bengkel seumpama ini pernah dijalankan pada tahun-tahun sebelum ini dan mendapat sambutan menggalakkan.
Bengkel Penulisan Cereka UPSR bukan berorientasikan peperiksaan, sebaliknya bertujuan membantu peserta memahami cara menghasilkan karangan tidak berformat yang memenuhi ciri-ciri cereka bermutu.
Tumpuan khusus diberikan kepada penulisan karangan berbentuk autobiografi, biografi, menyambung cerita, peribahasa dan cereka Bahasa Malaysia.
Para peserta juga berpeluang mengetahui dan memahami ciri-ciri cereka bermutu serta cara menghasilkan cereka yang baik.
Harapan Kavyan adalah mencungkil bakat penulisan cereka dalam kalangan kanak-kanak supaya mereka boleh meneruskan bakat dan minat ke arah menghasilkan cerpen bermutu pada masa hadapan.
Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti ini.