Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengadakan Majlis Pelancaran Mari Membaca 1Malaysia bertempat di Auditorium Aras 2, PNM, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2010 (Selasa), jam 10.00 pagi.Majlis akan disempurnakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim.
Penolong Pegawai Perpustakaan, Bahagian Gerakan Literasi Maklumat, Muhammad Azizi Bin Muhamad Rani dalam e-mel kepada Kumpulan Sasterawan Kavyan mengundang orang ramai hadir ke majlis ini yang terbuka kepada umum.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Penolong Pengarah, Bahagian Gerakan Literasi Maklumat, Puan Beghum Ulhfat Shehnaaz Amir Razli di talian 03-2687 4339.
One thing I hate about Malaysian: They DON'T read. Not all, but most. Hopefully this campaign will boost Malaysian's interest to read more.
ReplyDelete