27 Feb 2010

Majlis Pelancaran Mari Membaca 1Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengadakan Majlis Pelancaran Mari Membaca 1Malaysia bertempat di Auditorium Aras 2, PNM, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2010 (Selasa), jam 10.00 pagi.
.

Majlis akan disempurnakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim.

.

Penolong Pegawai Perpustakaan, Bahagian Gerakan Literasi Maklumat, Muhammad Azizi Bin Muhamad Rani dalam e-mel kepada Kumpulan Sasterawan Kavyan mengundang orang ramai hadir ke majlis ini yang terbuka kepada umum.

.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Penolong Pengarah, Bahagian Gerakan Literasi Maklumat, Puan Beghum Ulhfat Shehnaaz Amir Razli di talian 03-2687 4339.