6 Jan 2010

Sasterawan Negara

Jika diminta menyenaraikan kesemua sepuluh Sasterawan Negara, nama siapakah (secara penuh ikhlas) PERTAMA sekali muncul dalam fikiran saudara?
.
Demikian pertanyaan yang saya ajukan pada ruangan status di Facebook pada sekitar pukul 6:00 petang, 5 Januari 2010.
.
Sehingga 12:00 tengah malam, maklumbalas yang diterima adalah seperti berikut; termasuk jawapan “dua serangkai” di mana nama dua Sasterawan Negara diberikan sekali gus:
.
Datuk A. Samad Said – 14
Allahyarham Datuk Dr Usman Awang – 12
Dato’ Shahnon Ahmad – 6
Datuk Abdullah Hussain – 2
Datuk Noordin Hassan – 1
.
Beberapa rakan di Facebook turut memberikan komen tambahan bersama-sama nama pertama yang muncul dalam fikiran masing-masing.
.
Misalnya, Dato’ Shahnon Ahmad dilihat sebagai “sasterawan yang berani dan kreatif” dan ada rakan yang “tabik pada (Allahyarham Datuk Dr) Usman Awang”.
.
Datuk A. Samad Said yang juga dikenali sebagai “Pak Samad” dan “Uncle Sam” ternyata paling kerap – dan paling awal – muncul dalam fikiran apabila diminta menyenaraikan nama Sasterawan Negara.
.
Ada rakan di Facebook menyatakan “He rocks” manakala seorang lagi mengulas, “kadang-kadang saya lihat beliau disambut rakyat seakan-akan rockstar; cuma beliau tidak memakai jaket kulit”.
.
Seorang lagi menyimpulkan Pak Samad sebagai “sasterawan kreatif yang dapat memacu puncak kesusasteraan tanah air”.
.
Puan Haslina Usman mencatatkan: “Sejujurnya ... pasti arwah ayah, USMAN AWANG; tapi semua teman-teman SN arwah ayah, saya sayangi! Terima kasih semua yang masih mengingati.”
.
Pasti Datuk A. Samad Said dan Allahyarham Datuk Dr Usman Awang – dan karya mereka – ada keistimewaan tersendiri yang membuatkan mereka menerima “undi terbanyak”.

Baca juga: "Apa Sebenarnya Agenda Uthaya?" oleh Ku Seman Ku Hussain.
.
Untuk makluman bersama, senarai penerima Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran “Sasterawan Negara” adalah seperti berikut:
.
1981 – Kamaluddin Muhamad @ Keris Mas
1982 – Dato’ Shahnon Ahmad
1988 – Muhammad Dahlan bin Abdul Biang @ Arena Wati
1991 – Prof Dr Muhammad Haji Salleh
1993 – Datuk Noordin Hassan
1996 – Datuk Abdullah Hussain
2001 – S. Othman Kelantan
2009 – Dato’ Dr Anwar Ridhwan
2011 - Kemala
2013 - Baha Zain
.
Semoga para Sasterawan Negara serta karya mereka diberi tempat dan pengiktirafan yang sewajarnya oleh semua. Tafakur (dan al-Fatihah) bagi Sasterawan Negara yang telah kembali menemui Pencipta.
.
Nota: Sila KLIK DI SINI untuk calon Sasterawan Negara akan datang.