5 Jan 2010

John Jerald

Pada pagi 5 Januari 2010, saya berbual melalui Facebook dan Yahoo Messenger bersama John Jerald yang berada di Britain. Katanya, dia sedang sibuk membuat rujukan bagi tugas universiti tetapi kami sempat berbual hampir sejam!
.

Saya mengenali John Jerald melalui Ganesan Duraisamy yang kini belajar di Universiti Teesside, Britain. Sebagai rakyat Malaysia yang berada di luar negara, mereka berdua meluangkan masa bersama.

.

Saya mengikuti perkembangan mereka berdua melalui Facebook; khususnya melalui foto-foto yang dimuatkan oleh mereka. Ternyata hubungan mereka amat rapat; bagaikan adik-beradik.

.

Pada pagi 5 Januari, John Jerald menceritakan kepada saya kisah dirinya. Kisah-kisah yang memang sudah diceritakannya kepada Ganesan sebelum ini.

.

John Jerald yang sedang mengikuti Pengajian Media di Universiti Teesside juga menceritakan mengenai minatnya terhadap lokomotif sejak kanak-kanak. Tidak hairanlah dia menggunakan musim cuti untuk melawat Scottish Rails.

.

Antara perkara lain yang menarik perhatian saya adalah bahawa pemuda berumur 21 tahun ini gemar membaca buku cerita; khususnya novel oleh beberapa pengarang terkemuka.

.

Saya memang sentiasa mengkagumi serta berasa bertuah apabila berpeluang bergaul dengan individu yang gemar membaca karya bermutu.

.

Pada akhir perbualan, saya merasakan seperti sudah lama mengenali John Jerald.