Pada sebelah pagi, selepas bersarapan, kami berdua pergi membeli beberapa tumbuhan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam akuarium yang dibeli semalam. [BACA DI SINI]
Kemudian, kami mula mengisi tanah, pasir, batu halus, daun kering dan batang kayu ke dalam akuarium berkenaan sebelum diisi dengan air yang diambil dari sumber asli – kawasan takungan air yang dipenuhi organisme mikro.
Akhirnya, kami memasukkan tumbuhan hijau yang bakal menjadi sumber oksigen bagi ikan dan udang yang akan dipelihara.
Selepas semuanya siap, perlu saya akui bahawa akuarium berkenaan kelihatan amat cantik; menyamai habitat semula jadi di kolam dengan air yang sedikit berkeladak dan keruh.
Saya dan Devishi yakin bahawa ikan-ikan kecil dan udang yang bakal kami pelihara akan menyukai habitat ini. Tambahan pula, akuarium diletakkan di tepi dinding kaca dan menerima cahaya matahari secara langsung pada waktu tengah hari.
Saya merakamkan foto menggunakan telefon bimbit Nokia XpressMusic untuk dimuatkan di Facebook sebagai bahan dokumentasi. Lihat album berlabel “Akuarium” jika berminat.