
Selepas itu, para urus setia makan tengah hari sambil berbual-bual tentang perancangan aktiviti.
Pada pukul 3:00 petang, berlangsung sesi taklimat bagi 70 murid-murid dari 7 sekolah bandar, kampung dan pulau yang menyertai program. Turut hadir, 2 guru pengiring bagi setiap sekolah.
Sejak awal, Cikgu Halimah “menjual” nama saya sebagai personaliti TV yang diundang khas untuk mengendalikan aktiviti.
Selesai taklimat, peserta dibenarkan berehat. Saya pun kembali melayari internet dan Facebook di Bilik 613.