Berikut rangka skrip sketsa Merdeka @ Satu Malaysia yang disiarkan di MinnalFM pada 19 Ogos 2009.
Pak Cik: Wah! Pada hari biasa seperti ini pun ada begitu ramai orang di sini. Bukan hanya pelancong asing, malah penduduk tempatan pelbagai kaum juga tidak putus-putus berkunjung ke Batu Caves.
Saras: Tentulah, Pak Cik. Batu Caves adalah salah satu destinasi pelancongan utama di negara kita. Masyarakat beragama Hindu menjadikan ini sebagai tempat keagamaan. Bagi mereka yang bukan beragama Hindu, Batu Caves tetap menjadi tarikan pelancongan, kebudayaan dan kesenian.
Pak Cik: Kalau kita renungkan, memang penduduk negara ini benar-benar diberkati Tuhan. Saya tidak tahu jika ada negara lain yang mempunyai keistimewaan seperti ini.
Saras: Walaupun agama rasmi Malaysia adalah Islam, peruntukan dalam Perlembagaan menjamin hak penganut agama-agama lain menjalankan aktiviti keagamaan masing-masing tanpa sekatan.
Pak Cik: Lihat sahaja Batu Caves sebagai contoh. Kita tidak dihalang membina patung besar Dewa Murugan. Malah, ia dijadikan ikon dan bahan bagi menarik pelancong.
Saras: Jangan Pak Cik lupa bahawa patung besar ini juga mencatat rekod dalam “Riple’s Believe It Or Not” sebagai patung Dewa Murugan terbesar dan tertinggi di dunia.
Pak Cik: Dahulu, filem Tamil berjudul “Varuvan Vadivelan” melakukan penggambaran sambutan Thaipusam di sini. Secara tidak langsung, mengangkat nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan.
Saras: Seperti yang Pak Cik katakan tadi, penduduk Malaysia memang diberkati Tuhan. Kita meraikan keperbezaan dan kepelbagaian. Sedangkan ada negara luar yang menjadikan perbezaan etnik dan agama sebagai alasan untuk bersengketa dan berperang.
Pak Cik: Benar apa yang kamu katakan. Perpaduan menjadi kunci kejayaan kita. Selepas kemerdekaan, pelbagai langkah berterusan diambil untuk memupuk serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan penduduk.
Saras: Terbaru, melalui konsep Satu Malaysia, usaha ini dilipat gandakan. Apatah lagi, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri “turun padang” untuk menunjukkan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua kaum.
Pak Cik: Ya, ya. Tentu semua orang masih ingat bagaimana beliau mengadakan lawatan ke Jalan Petaling (atau China Town) dan Brickfields untuk bertemu rakyat akar umbi. Malah, beliau juga menghadiri sambutan Tahun Baru Vaisakhi masyarakat beragama Sikh di gurdawara.
Saras: Selain itu, jangan kita lupa tentang lawatan Perdana Menteri ke Batu Caves baru-baru ini. Ha, cuba lihat di sana. Itulah batu asas berupa plak khas yang dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kunjungan beliau sempena “Karnival Satu Malaysia Batu Caves” pada 9 Ogos lalu.
Pak Cik: Pak Cik memang berminat nak hadir sama ke karnival itu tetapi ada urusan di Pulau Pinang. Saras datang, ya?
Saras: Ya, saya datang dengan ayah, ibu dan Abang Kumar. Memang cukup meriah. Sekurang-kurangnya 6 ribu rakyat pelbagai kaum hadir ke majlis yang penuh bersejarah itu.
Pak Cik: Pak Cik mendapat maklumat mengenainya di akhbar, televisyen dan radio. Kali terakhir seorang Perdana Menteri membuat lawatan rasmi ke sini adalah pada tahun 1979; iaitu dengan kedatangan Perdana Menteri ke-3, Tun Hussein Onn.
Saras: Selepas 30 tahun, Perdana Menteri ke-6 pula berkunjung ke sini. Saya rasa bertuah kerana turut menyaksikan sejarah itu.
Pak Cik: Tapi jangan kita lupa bahawa Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak juga pernah ke Batu Caves.
Saras: Betul tu, Pak Cik. Malah, Datuk Seri Najib dalam ucapan beliau turut menyatakan bahawa bapanya, Tun Abdul Razak menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves. Jadi, Datuk Seri Najib juga berjanji akan hadir pada sambutan Thaipusam akan datang.
Pak Cik: Memang berita yang amat menggembirakan. Secara tidak langsung, akan menjadikan sambutan tahun depan lebih meriah. Pasti sahaja akan ada pelbagai persembahan berkonsepkan Satu Malaysia.
Saras: Saya yakin, tentu ada. Malah, semasa kunjungan Perdana Menteri tempoh hari, persembahan yang dilakukan menampilkan muzik, tarian dan kebudayaan masyarakat pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Memang amat menakjubkan dan sangat unik.
Pak Cik: Jadi, ternyatakan bahawa Batu Caves bukan hanya tumpuan bagi aktiviti keagamaan dan kebudayaan. Malah, bermula dengan “Karnival Satu Malaysia Batu Caves”, tempat ini juga menjadi lokasi untuk merealisasikan impian melahirkan Bangsa Malaysia.
Saras: Batu Caves menjadi tempat yang boleh mengumpulkan masyarakat pelbagai kaum dan etnik untuk saling mengenali. Juga suatu tempat yang sesuai untuk orang luar (pelancong) melihat sendiri bagaimana kebebasan beragama dipraktikkan sepenuhnya di negara ini sambil berpegang teguh pada konsep Satu Malaysia.
Pak Cik: Oh, lihat tu. Pelancong asing itu mengajak kita untuk bergambar. Mari, mari kita bergambar bersama-sama mereka.
Saras: Ya, mari. Bolehlah pelancong asing ini membawa pulang kenangan manis untuk ditunjukkan kepada kaum keluarga dan rakan-rakan.