Pada 19 Ogos 2009, saya masuk kerja di Bilik Operasi Unit Bencana RTM pada pukul 3:00 pagi berikutan insiden kapal tangki minyak terbakar di Selat Melaka. Saya mendapat maklumat mengenai tragedi berkenaan sekitar pukul 11:00 malam, 18 Ogos 2009.
Sehingga petang 19 Ogos 2009, sembilan anak kapal MT Formosa Product Brick yang hilang dilaporkan masih tidak ditemui manakala tiga daripada 16 yang ditemui selamat sudah keluar dari hospital dan ditempatkan di salah sebuah hotel di Port Dickson.
Saya menghubungi beberapa pihak untuk mendapatkan maklumat mutakhir dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, tiada tumpahan minyak di kawasan kebakaran kapal tangki Liberia yang membawa muatan 58,000 tan cecair naphtha dalam kejadian yang berlaku kira-kira 30 kilometer dari pantai pelancongan Port Dickson pada malam 18 Ogos 2009.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Mazlan Othman dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, Jabatan Alam Sekitar masih memantau perairan itu walaupun tumpahan minyak tidak berlaku.
Sehingga jam 6 petang, 19 Ogos 2009, api masih marak di atas kapal yang kini sudah mula senget dan pasukan penyelamat masih belum dapat menaiki kapal itu.
Sebuah lagi kapal yang terbabit dalam kemalangan itu, MV Ostende Max dari Britain, telah ditunda ke tempat yang selamat di mana tiga orang krewnya di hantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan akibat kecederaan.
Ketiga-tiga rakyat Poland berusia 38, 59 dan 62 tahun itu melecur di lengan dan seorang daripada mereka patah tulang rusuk akibat terjatuh dari tangga selepas berlaku perlanggaran.
Polis telah menyoal siasat anak-anak kapal yang terselamat tetapi Mazlan enggan menyatakan kerana terdapat laporan yang bercanggah di antara krew kapal yang terbakar, MT Formosa Product Brick serta MV Ostende Max.
Saya masih di Bilik Operasi Unit Bencana RTM pada pukul 1:00 tengah malam, 20 Ogos 2009; dan bertugas sehingga pukul 8:00 pagi.