Kami mengunjungi Prof Madya Dr Lim Swee Tin di pejabat beliau di Sanggar Bahasa. Tidak lama kemudian, kami disertai Puan Haslina dan Encik Rahim dari UA Enterprises Sdn Bhd.
Banyak perkara yang kami bualkan dan bincangkan secara santai dan serius. Apa yang menarik, perbualan kami menggunakan Bahasa Malaysia.
Antara topik yang sempat dibicarakan adalah berkaitan Bahasa Malaysia, kemerdekaan, semangat patriotik, ilmu, sekolah, sastera, perpaduan dan Satu Malaysia.
Tentu sahaja pertemuan dan perbincangan tidak rasmi seperti ini wajar diteruskan.
Saya sokong usul begini kerana suasana perbualan dan perbincangan yang santai tetapi dari hati ke hati berbagai bangsa lebih membina semangat inginkan perpaduan yang kukuh dan bukan satu propaganda sahaja.
ReplyDelete