2 Jul 2009

Dr Lim Swee Tin

Pada Khamis, 2 Julai 2009, saya ke Universiti Putra Malaysia (UPM). Di sana, saya disertai Lee Yoke Chan, Izan, Faun Kum Yin, Tan Giek Lian dan Teo Bee Ling dari Gemilang Publishing Sdn Bhd.

Kami mengunjungi Prof Madya Dr Lim Swee Tin di pejabat beliau di Sanggar Bahasa. Tidak lama kemudian, kami disertai Puan Haslina dan Encik Rahim dari UA Enterprises Sdn Bhd.

Banyak perkara yang kami bualkan dan bincangkan secara santai dan serius. Apa yang menarik, perbualan kami menggunakan Bahasa Malaysia.

Antara topik yang sempat dibicarakan adalah berkaitan Bahasa Malaysia, kemerdekaan, semangat patriotik, ilmu, sekolah, sastera, perpaduan dan Satu Malaysia.

Tentu sahaja pertemuan dan perbincangan tidak rasmi seperti ini wajar diteruskan.