Majalah Tunas Cipta (DBP) sedang mencari mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) daripada kalangan peserta kaum India sehingga tahun 2002 untuk segmen “Alumni MPR” majalah berkenaan.
Editor Tunas Cipta, Puan Noraini Abd Hamid dalam e-mel yang diterima pada pagi 12 Jun 2009 berkata, pihaknya juga sedang berusaha mengenal pasti para penulis kaum India berumur di bawah 35 tahun dan giat menulis dalam Bahasa Malaysia untuk segmen “Bicara Tunas”.
Majalah Tunas Cipta yang menggunakan moto “Sastera Generasi Baharu” membuka ruang penyiaran karya (khasnya cerpen, sajak dan makalah) bagi penulis muda berumur bawah 35 tahun.
Kavyan pernah bekerjasama dengan majalah berkenaan untuk menganjurkan siri Baca Cerpen Tunas Cipta [BACA DI SINI].
Penulis kaum India – tidak semestinya ahli Kavyan – yang berkenaan dan yang berminat, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my untuk urusan selanjutnya.