17 Jun 2009

Kathakali Siap Esok

Dato’ Thomas Iruthayam dari Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd menghubungi saya pada pagi 17 Jun 2009 untuk memaklumkan bahawa buku Kathakali akan siap dicetak pada 18 Jun 2009.

Maka, saya akan pergi mengambil buku berkenaan pada petang 18 Jun 2009 supaya boleh mula diedarkan pada 19 Jun 2009.

Kepada mereka yang sudah membuat tempahan berbayar sebelum 31 Mei 2009, buku akan dikirim melalui pos pada 20 Jun 2009.

Begitu juga bagi 6 individu yang menyumbangkan “Pengantar” dan Presiden MBBY yang menyumbangkan “Pendahuluan”.

Juga bagi beberapa wartawan yang sudah menghubungi saya sebelum 10 Jun 2009 untuk mendapatkan naskhah percuma bagi tujuan membuat ulasan dan promosi.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Kathakali DI SINI.