5 Jun 2009

Kathakali, Dramatari Orang Malayalam

KATHAKALI. Perkataan tersebut mungkin terlalu asing bagi banyak pihak tetapi tidak bagi sebahagian peminat atau pengamal seni, khasnya dalam kalangan masyarakat India.

Kathakali sebenarnya adalah suatu tarian klasik India yang berbentuk dramatari dan mula ditarikan di negeri Kerala oleh orang Malayalam sejak abad ke-17.

Jika bercakap mengenai tarian klasik India, kita biasanya hanya mengetahui mengenai Bharathanatyam dan bukannya mengenai Kathakali kerana ia kurang ditarikan di Malaysia.

Malah, ada segelintir kaum India sendiri di negara ini tidak mengenali Kathakali.

Hal ini kerana majoriti kaum India di Malaysia berketurunan Tamil dan Bharathanatyam adalah tarian klasik yang ditarikan kaum India berketurunan Tamil; manakala Kathakali adalah tarian/dramatari kaum India berketurunan Malayalam.

Bagi mengulas lebih lanjut, Sinar Harian menemu ramah penulis buku Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia, Uthaya Sankar SB untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai Kathakali.
.
Sila KLIK DI SINI untuk membawa wawancara oleh Kalidevi Mogan Kumarappa.