6 Jun 2009

... dan Kerajaan Perpaduan

Terus-terang, saya memang tertarik dengan gagasan “Kerajaan Perpaduan” yang hangat diperkatakan sekarang tetapi mahu tahu secara jelas perbandingan (persamaan & perbezaan) antara “Kerajaan Perpaduan”, “Satu Malaysia”, “Bangsa Malaysia” dan “Malaysian Malaysia”.

Apa yang lebih penting, saya mahukan jaminan daripada kerajaan (negeri dan persekutuan) bahawa tidak akan ada mana-mana Rakyat yang dijadikan “kuda tunggangan” dalam keghairahan masing-masing pihak merealisasikan retorik politik yang dinamakan “gagasan”.