Kathakali sebenarnya adalah suatu tarian klasik India yang berbentuk dramatari dan mula ditarikan di negeri Kerala oleh orang Malayalam sejak abad ke-17.
Jika bercakap mengenai tarian klasik India, kita biasanya hanya mengetahui mengenai Bharathanatyam dan bukannya mengenai Kathakali kerana ia kurang ditarikan di Malaysia.
Malah, ada segelintir kaum India sendiri di negara ini tidak mengenali Kathakali.
Hal ini kerana majoriti kaum India di Malaysia berketurunan Tamil dan Bharathanatyam adalah tarian klasik yang ditarikan kaum India berketurunan Tamil; manakala Kathakali adalah tarian/dramatari kaum India berketurunan Malayalam.
Bagi mengulas lebih lanjut, Sinar Harian menemu ramah penulis buku Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia, Uthaya Sankar SB untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai Kathakali.
Saya adalah peminat tarian traditional dan saya pernah menjadi penari dengan Suasana Theatre Ensemble. Saya juga pernah belajar tarian Bali. Apabila saya membaca tentang Kathakali rasanya gerak gerinya seperti tarian-tarian Bali. Seharusnya dramatari ini di serapkan dalam pembelajaran tarian India oleh persatuan traditional India supaya ia tidak akan pupus dan generasi kaum India khususnya orang-orang Malyalam di Malaysia kenal dan cintakan tradisi mereka.Dramatari ini juga harus di pentaskan supaya di kenali oleh semua rakyat Malaysia.
ReplyDelete