1 Dec 2008

Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar

Mentor yang dihormati,

Semoga saudara bersemangat dan sudah bersiap-sedia untuk memulakan aktiviti Kelab Membaca Sinar Pintar dalam komuniti masing-masing menjelang Januari 2009!

Semasa Bengkel Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar pada 29 November 2008 di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), saya sempat berkongsi sedikit panduan dan ilmu bersama-sama saudara.
Harus saya akui bahawa banyak ilmu yang telah saya pelajari daripada saudara semua pada kesempatan itu.

Semasa bengkel itu juga, ada dikemukakan cadangan supaya satu modul disediakan sebagai rujukan para Mentor.

Sehubung itu, saya sedang dalam proses menyediakan modul yang boleh dijadikan panduan dan rujukan Mentor.

Saya juga berusaha menyediakan contoh laporan (buku log) yang sepadan dengan modul yang dikemukakan.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa modul dan laporan (buku log) yang saya sediakan itu hanyalah sebagai panduan, rujukan dan contoh sahaja.

Sekiranya saudara berminat untuk mendapatkan contoh modul dan laporan (buku log) berkenaan, sila hubungi saya melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my sebelum 31 Disember 2008.

Semoga saudara unggul sebagai Mentor yang disegani!