23 Nov 2008

Aktiviti Sastera Hujung Tahun

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menganjurkan tiga aktiviti besar pada hujung tahun ini:

1. Bengkel Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar – 29 November 2008 (Sabtu), di PNM

2. Baca Cerpen Rudra Avatara – 6 Disember 2008 (Sabtu), di PNM

3. Projek Rintis Aktiviti Kelab Membaca Sinar Pintar – 13 Disember 2008 (Sabtu), di Kajang

Masyarakat pelbagai kaum dipelawa menyertai kesemua aktiviti di atas yang dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman sesawang http://www.kavyan.cjb.net/ atau www.geocities.com/uthayasb/aktiviti2008

1. Bengkel Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar – Pendaftaran sebagai mentor masih dibuka. Hubungi segera Puan Beghum melalui e-mel beghum_as@yahoo.com atau nombor telefon 017-3185517; atau Encik Afirol melalui afirol_tbn27@yahoo.co.uk atau 013-9335935.

2. Baca Cerpen Rudra Avatara – Boleh hadir sebagai penonton atau peserta. Para peserta/pembaca perlu mendaftar lebih awal kerana tempat adalah terhad. Hubungi Puan Siti Mariani melalui e-mel mariani@pnm.my atau telefon 012-2909507 untuk pendaftaran. Buku Rudra Avatara akan dijual dengan harga diskaun semasa acara ini.

3. Projek Rintis Aktiviti Kelab Membaca Sinar Pintar – Peserta utama terdiri daripada penduduk kampung terbabit. Bagaimanapun, sukarelawan pelbagai kaum dialu-alukan untuk membantu pihak Kavyan dan PNM menjalankan aktiviti. Hubungi Uthaya Sankar SB melalui 012-3368142 atau uthayasb@yahoo.com.my untuk maklumat.

Harap sudi sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan dan kenalan yang mungkin berminat.