22 Dec 2008

Kelab Membaca Sinar Pintar



Golongan penulis, peminat buku, pesara, guru dan orang ramai dipelawa menyertai “Kelab Membaca Sinar Pintar” yang ditubuhkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

Timbalan Pengarah, Bahagian Gerakan Literasi Maklumat, Perpustakaan Negara Malaysia, Puan Katrun Nada Haji Hashim berkata, orang ramai boleh menjadi Mentor untuk membimbing golongan kanak-kanak dan remaja supaya mencintai buku.

“Kelab Membaca Sinar Pintar” dilancarkan secara rasmi oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sempena pada 2 Julai 2008.

Objektif Kelab ini adalah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja; ke arah melahirkan Bangsa Malaysia yang gemar membaca.

Menurut Puan Katrun, Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar akan diberi bimbingan tentang cara-cara mengendalikan aktiviti Kelab.

.
Maklumat lanjut mengenai Kelab Membaca Sinar Pintar boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-26874336 atau http://www.kavyan.cjb.net/