
Pada ruangan status di
Facebook, pada sekitar pukul 2:20 pagi, 23 Disember 2008, saya menyatakan bahawa saya mengenali Jeffery Deaver melalui kumpulan cerpen "
Twisted" dan "
More Twisted"; dan kini tekun membaca novel-novelnya pula.
.Lalu, seorang rakan dari Bernama Radio24,
Azmir Sharifuddin bertanya, adakah cerpen berkenaan difilemkan dengan judul yang sama; dan dilakonkan oleh Ashley Judd.
.Maka, saya menjawab begini:
.Filem TWISTED tidak ada apa-apa kaitan dengan kumpulan cerpen sulung Jeffery Deaver berjudul TWISTED. Tapi, cerpen-cerpen (dan novel) Jeffery Deaver memang penuh dengan perubahan plot (jalan cerita) benar-benar di luar dugaan (
twisted).
.Macam dalam filem TWISTED juga, di mana jalan ceritanya tiba-tiba berubah; di luar dugaan penonton.
.
Jadi, kalau saudara suka filem TWISTED, saya percaya saudara akan suka membaca kumpulan cerpen TWISTED dan MORE TWISTED.
.
(Bagi saya, TWISTED lebih menarik berbanding MORE TWISTED.)
..
Biasakah saudara membaca cerpen-cerpen Jeffrey Archer? Ada beberapa kumpulan cerpennya di pasaran; malah saya memiliki kompilasi beberapa kumpulan cerpen itu dalam satu jilid dengan judul Collected Short Stories -- sebelum TO CUT A LONG STORY SHORT dan CAT O'NINE TALES.
.
Cuba baca kumpulan cerpen A TWIST IN THE TALE oleh Jeffrey Archer, sebagai contoh terbaik.
.Dalam cerpen-cerpen Jeffrey Archer, pasti ada satu "
twist" iaitu unsur luar dugaan pada jalan cerita.
.Dalam cerpen-cerpen Jeffery Deaver pula, ada DUA unsur "
twist". Maknanya, dua kali jalan cerita berubah di luar dugaan.
.Kata orang kampung,
"You get twice the fun reading!".Cuba dapatkan maklumat lanjut di
http://www.jeffreyarcher.co.uk/ dan
http://www.jefferydeaver.com/