
.
Suatu konsep menarik yang saya perhatikan dalam novel berkenaan - sebagaimana dalam novel sulung Jasper Fforde, The Eyre Affair (2001) - adalah "bookjumping" iaitu kemampuan watak Thursday Next untuk "melompat" dari sebuah buku/teks dan masuk ke dalam buku yang lain.
.
Saya terus teringat akan cerpen berjudul "Mengubah Teks" yang saya muatkan dalam kumpulan cerpen Siru Kambam (1996).
.
Konsep yang dibawakan hampir sama. Namun, mujurlah cerpen "Mengubah Teks" pertama kali disiarkan di Mingguan Malaysia pada tahun 1995. Kalau tidak, tidak mustahil saya dianggap menciplak karya Jasper Fforde!
.
Cerpen "Mengubah Teks" berkisar tentang watak "Aku" yang tiba-tiba mendapati dirinya berada di dalam buku-buku yang dibacanya.
.
Atau mungkinkah sudah tidak mustahil untuk seseorang menciplak sebuah karya yang hanya dihasilkan kemudian? Segalanya mungkin dalam dunia Faksyen dan Jasper Fforde!